PRU15 Tidak Sesuai Dalam Suasana Pandemik Covid-19 Kata Nik Amar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah berpandangan pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini kerana pandemik COVID-19.

Walaupun proses demokrasi itu satu-satunya cara untuk menyelesaikan gangguan politik ketika ini, namun beliau mengakui kepentingan negara dan rakyat perlu diutamakan.

“Apabila pilihan raya diadakan dan pemenang ditentukan, selesai segala cerita.

“Cuma masalahnya buat masa ini, pilihan raya tidak boleh dilakukan.

Jelasnya, pilihan raya hanya boleh dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai sasaran 80 peratus.

“Perdana Menteri memang berhasrat untuk adakah pilihan raya. Tetapi kerajaan tidak boleh bubar kerana pandemik ini.

“Kalau nak adakan pilihan raya juga, biarlah apabila sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat telah terima suntikan vaksin,” katanya.

Tegas beliau, menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemerintah adalah langkah yang paling ideal.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat