Filem Barbarian Invasion menang di Shanghai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Filem Barbarian Invasion arahan anak jati Pahang, Tan Chui Mui merangkul trofi Jury Grand Prix pada acara kemuncak Golden Goblet Awards sempena Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) Ke-24 di Shanghai, China, malam kelmarin.

Trofi bagi kategori Jury Grand Prix menjadi antara dua anugerah utama pada malam kemuncak Golden Goblet Awards, selain trofi Filem Cereka Terbaik yang dimenangi filem Manchurian Tiger dari China.

Projek pembikinan filem Barbarian Invasion terbitan Da Huang Pictures dibiayai China’s Heaven Pictures dan Hong Kong International Film Festival Society bersama lima karya lain.

Filem ini dihasilkan di bawah inisiatif projek digelar ‘Back To Basic (B2B) : A Love Supreme’.

Trofi kemenangan filem Barbarian Invasion diterima penerbit projek B2B, Yang Jin.

Berkongsi kejayaan itu, Yan Jin berkata, dia dan Jacob Wong mengambil inisiatif menganjurkan program B2B.

“Melalui inisiatif ini, kami mengundang enam sutradara untuk menghasilkan filem dengan bajet terbatas.

“Sutradara terpilih termasuk Chui Mui masing-masing menggunakan ‘kuasa sakti’ mereka dan mencabar diri demi seni.

“Projek filem Barbarian Invasion berjaya dihasilkan Chui Mui dengan baik. Ini menjadi bukti, tidak perlu wang yang banyak untuk menghasilkan filem bermutu.

 

Bront dan Chui Mui dalam salah satu adegan filem Barbarian Invasion yang memenangi trofi Juri Grand Prix pada Golden Goblet Awards di Shanghai, malam kelmarin. Foto Ihsan Penerbit Filem Barbarian Invasion
Bront dan Chui Mui dalam salah satu adegan filem Barbarian Invasion yang memenangi trofi Juri Grand Prix pada Golden Goblet Awards di Shanghai, malam kelmarin. Foto Ihsan Penerbit Filem Barbarian Invasion

 

“Sebaliknya, kita perlukan bakat yang baik,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Chui Mui bersyukur Barbarian Invasion yang juga filem cereka ketiganya, mencuri perhatian juri.

“Projek filem Barbarian Invasion diumumkan pada edisi ke-22 SIFF. Dua tahun selepas hebahannya, filem itu ditayangkan pada edisi ke-24 festival ini.

“Akhirnya, filem ini diumum memenangi kategori Jury Grand Prix. Saya anggap ini sebagai pengakhiran yang baik.

“Saya sebenarnya lebih memikirkan maklum balas penonton terhadap karya ini,” katanya.

Barbarian Invasion menjadi antara 13 filem antarabangsa disenarai pendek juri pada Golden Goblet Awards.

Rata-rata juri menyifatkan filem Barbarian Invasion sebagai karya yang dekat dengan hati hati penonton.

Komen juri antara lain mengakui filem itu menyerlahkan genre yang akrab dengan semua pihak.

Filem yang dibintangi Chui Mui, Pete Teo, Bront Palarae, James Lee dan Zhiny Ooi itu terdahulu membuka tirai tayangan perdana SIFF24, selama dua hari sejak Jumaat lalu.

Penggambaran filem Barbarian Invasion dilakukan selama dua bulan sejak Julai lalu di Kemaman, Terengganu dengan kos pembikinan RM643,000.

Barbarian Invasion turut disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui sumbangan Dana Kandungan Digital (DKD).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat