Itu keputusan UMNO, MIC, MCA tak ikut jejak Zahid bagi kata dua buka Parlimen

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) tidak mahu memberikan sebarang tempoh kepada kerajaan berhubung langkah UMNO memanggil sidang Parlimen “secepat mungkin” di sebalik kontroversi mengenai tafsiran ke atas titah Yang di-Pertuan Agong.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, partinya menyerahkan kepada kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen “berdasarkan situasi munasabah”.

“Baginda mengatakan kerajaan perlu memanggil Parlimen secepat mungkin berdasarkan kepada situasi yang munasabah, maka terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan dalam masa terdekat,” katanya memetik FMT.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari dengan berkata, pemerintah tidak perlu “berdolak-dalik lagi” dengan istilah “secepat mungkin” dan “segera”.

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata, keputusan memanggil sidang Parlimen harus berlandaskan undang-undang.

“Proses pemanggilan persidangan Parlimen perlukan notis (28 hari) kepada semua Ahli Parlimen untuk menghantar soalan dan seterusnya kementerian berkaitan menyediakan jawapan, selain sesi soal jawab dan ‘Minister Question Time’ semasa berlangsungnya sesi Parlimen,” katanya memetik portal itu.

Kedua-dua parti itu menegaskan pendirian mereka menjunjung titah Agong.

Sebelum ini, Sultan Abdullah Shah bertitah sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara, selepas meneliti pandangan pemimpin parti politik dan taklimat pakar yang dipanggil menghadap minggu lepas.

Menyusuli desakan demi desakan terhadap kerajaan daripada pemimpin individu, Umno secara rasmi memberi tempoh 14 hari kepada pemerintah untuk menyusuli titah Agong itu, dan menambah Majlis Kerja Tertingginya akan diadakan bagi “memuktamadkan tindakan lanjut”.

Vigneswaran melihat langkah UMNO itu sebagai keputusan tersendiri parti itu.

“Itu keputusan UMNO, bukan BN, jadi terpulang kepada Umno. Kita MIC tidak (beri tempoh),” katanya.

Chong pula berkata darurat dijangka berakhir pada 1 Ogos dan Parlimen boleh dipanggil bersidang mengikut undang-undang sedia ada.

“Semua proses harus berlandaskan undang-undang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat