Erma pinang bakal menantu secara maya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hajat pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima untuk merisik dan meminang bakal menantu yang keluarganya menetap di Johor, termakbul apabila majlis berlangsung secara maya, semalam.

Selepas beberapa kali tertangguh, apatah lagi ketika ini, larangan rentas daerah dan negeri dilaksanakan, Erma mengambil pendekatan norma baharu dengan menganjurkan acara secara virtual.

“Sepatutnya anak sulung saya dan kekasihnya bernikah tahun lalu. Namun, pelbagai halangan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan hasrat itu tertangguh.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya risau kerana mereka sudah lama berkawan dan kerap berjumpa. Tidak manis jika hubungan berlanjutan tanpa ikatan sah.

 

Selepas beberapa kali tertangguh, Erma memutuskan menganjurkan majlis merisik dan meminang bakal menantu secara virtual, semalam. Foto IG Erma Fatimah
Selepas beberapa kali tertangguh, Erma memutuskan menganjurkan majlis merisik dan meminang bakal menantu secara virtual, semalam. Foto IG Erma Fatimah

“Berikutan keluarga gadis itu menetap di Johor dan kita tidak pasti bila larangan rentas negeri berakhir, saya putuskan untuk melamar gadis itu secara maya,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi pengalamannya, pelakon drama bersiri Diva Popular ini mengaku situasi amat mencabar berikutan gangguan talian hingga menyukarkan komunikasi.

“Sesi lamaran yang dibuat menerusi aplikasi Zoom itu membabitkan tiga keluarga iaitu saya, bekas suami, Bade yang menjadi jurucakap dan keluarga sebelah perempuan.

“Ada ketika, perbincangan kami terganggu kerana talian tidak stabil. Justeru, sesi itu terpaksa dilakukan dalam tempoh singkat dan kami hanya berbincang perkara penting.

“Berdasarkan rundingan, majlis pernikahan anak saya akan dibuat secepat mungkin.

“Insya-Allah, jika sudah dibenarkan merentas negeri dan belum tiba tarikh nikah, kami berhasrat menjadikan majlis lamaran ini lebih rasmi dengan mengunjungi keluarga bakal menantu,” katanya.

Detik manis itu dikongsi Erma yang mula mencipta nama menerusi filem Rozana Cinta ’87 ini di Instagram (IG) sebagai kenangan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat