Fitnah Annuar Musa, Lokman Adam Mohon Maaf

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato’ Lokman Noor bin Adam memohon maaf kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di atas kenyataan salah dan tuduhan melulu yang dibuatnya di laman Facebook dan Youtube peribadinya.

Menurut Lokman, beliau telah memuatnaik status tersebut pada 13 Disember 2020.

“Saya mengakui yang saya keluarkan terhadap beliau adalah salah dan saya akui ‘Whatsapp’ tersebut adalah tidak berkaitan langsung dengan YB Tan Sri Annuar Musa. Saya akui pengesahan maklumat yang saya buat adalah tidak tepat sehingga saya mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

“Saya juga akui maklumat yang saya terima adalah tidak tepat dan ‘Whatsapp’ tersebut adalah diantara YB Dato’ Takiyuddin Hassan dan YBM Dato’ Sri Tengku Zafrul, tiada langsung kaitan dengan YB Tan Sri Annuar Musa,” jelas Lokman melalui kenyataan Facebooknya.

menurut Lokman, beliau akur dengan kesilapan dirinya yang menyebabkan nama baik, imej, integriti dan reputasi YB Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Ketereh telah tercemar, terjejas dan terpalit dengan komen-komen berbau fitnah.

Terdahulu, Lokman Adam melalui akaun Facebooknya serta profile ‘Lokman Adam’ dan Youtube “Lokman Adam” telah memuatnaikkan status yang berbaur fitnah kepada Tan Sri Annuar Musa yang bertajuk  “((GEMPAR)) WHATSAPP ANTARA ZAFRUL/ANUAR MUSA/TAKIYUDDIN – PROJEK UNTUK IBU ZAFRUL & ANAK MUHYIDDIN pada 13 Disember tahun lepas.

“Saya menyesali kesilapan saya dan menarik balik keseluruhan dan tuduhan terhadap YB Tan Sri Datuk Sri Panglima Hj Annuar bin Hj Musa dan beraku janji untuk tidak mengulangi penyataan tersebut lagi.

“Sekali lagi, dengan tulus ikhlas saya memohon maaf kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Annuar bin Hj Musa diatas kekhilafan saya,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat