PEMIMPIN POLITIK NORMA BARU

Oleh : Cikgu Kamarulazman Habibur Rahman

“Kita mungkin tidak sedar bahawa kadang-kadang sesuatu itu musnah hanya kerana ia hendak digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik”, kata Cikgu Mohamed Noh Abdullah bekas guru besar yang kini menghabiskan masanya dengan membuat kerja-kerja pertukangan yang digemarinya.

“Semasa kecil saya dan rakan-rakan suka ke pantai berdekatan, setiap kali selepas berlakunya air pasang besar. Ketika itulah kami akan temui pelbagai batu-batu yang putih jernih dan cantik. Di situ jugalah kami berjaya menangkap ikan-ikan yang terperangkap di lopak-lopak air. Kata orang-orang tua, sekali air bah, sekali pantai berubah”, kata pendidik yang kini berusia 62 tahun itu.

Ketika wabak Covid 19 menyusun atur kehidupan lalu membawa cara hidup baru kepada manusia, kecelaruan politik di tanah air membimbangkan ramai. Ketidaktentuan serta percaturan dalam merebut kuasa membawa implikasi buruk kepada negara apabila pelabur-pelabur mula bimbang untuk melabur di negara ini.

“Kita tidak perlu takut kepada perubahan. Mungkin ini lebih baik untuk negara. Seorang pelayar tidak mampu menemui lautan dan dunia baru jika dia sendiri tidak mempunyai keberanian untuk meninggalkan pantai. Sebenarnya sama seperti malapetaka alam, apa yang berlaku dalam politik negara banyak membawa kebaikan. Sebagai contohnya, sekarang kita baru ‘kenal’ para pemimpin politik kita. Ada yang tidak punya pendirian dan ada yang tidak punya semangat setikawan, mahu pun perjuangan. Disebalik itu pula, kita mula nampak permata yang timbul dan muncul.”

Cikgu Mohamed Noh melihat bahawa beberapa orang yang selama ini tidak didendang mempunyai kebolehan untuk muncul sebagai pemimpin rakyat yang tulen.

“Di Malaysia, politik kita berlegar kepada beberapa nama besar sahaja. Sedangkan kita mempunyai ramai pemimpin lain yang mempunyai nilai-nilai murni yang madani.

Guru Besar yang sarat dengan pengalaman ini menyenaraikan tiga orang pemimpin politik yang dilihatnya mempunyai kebolehan tersendiri. Sekarang kita mula melihat kebolehan Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Pertahanan) , Mahdzir Khalid ( bekas Menteri Pendidikan dan kini Pengerusi TNB) dan Dr Dzulkefly Ahmad ( bekas Menteri Kesihatan dari Parti Amanah Negara). ”

Pada pandangan beliau dalam keadaan dunia hari ini, kita perlu kurangkan masa untuk berpolitik kerana tanpa kita sedari negara-negara jiran sedang meninggalkan kita dari sudut pembangunan.

Cikgu Mohamed Noh mengatakan bahawa ketiga-ketiga pemimpin yang disebutnya ini telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri dengan begitu cemerlang kerana mereka membawa aura yang begitu positif.

“Saya suka Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri. Jika semua ahli politik kita belajar cara mereka berpolitik, pasti negara kita akan maju ke hadapan. Mereka tidak menghabiskan masa dengan politik perpecahan tetapi menumpukan perhatian kepada tugas. Kenyataan yang keluar dari mulut mereka semuanya menjurus kepada perpaduan bangsa dan kemajuan negara bukannya menikam pemimpin lain. Kita perlukan pemimpin-pemimpin macam ini untuk bersaing dengan negara jiran. ”

Beliau juga berpandangan bahawa Dr Dzulkefly mempunyai kebolehan sebagai seorang Menteri tetapi malangnya beliau berada di pasukan yang salah.

Kata Martin Luther King ‘Ukuran terhadap kehebatan seseorang itu bukannya dilakukan ketika dia berada di kerusi empuk dan keselesaan. Malahan Ukuran sebenar terhadap seseorang itu dilakukan ketika dia mendepani saat-saat sukar dan mencabar’.

“Ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk Malaysia bangkit semula dari kejatuhan dan cabaran yang dihadapi sekarang”, kata Cikgu Mohamad Noh mengakhiri perbualan.

Penulis adalah bekas Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa...

Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah...

Menara 188 Kuantan Dilimpahi Warna Bendera Palestin

KUANTAN: Mercu tanda terbaharu Pahang, Menara 188 Kuantan telah dilimpahi dengan pengcahayaan warna bendera Palestin sejak malam tadi. Menurut Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan...