Zahid Jangan Tunjuk Takut, Buat Saja Pemilihan Parti Sebelum PRU-15 – UMNO Kapar, Bakri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Asakan supaya UMNO melakukan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin bingar.

Malah pimpinan UMNO menekan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar mengotakan janji beliau yang memberi jaminan pada Februari lalu bahawa pemilihan parti akan tetap diadakan tahun ini.

Beliau berkata, walaupun tarikh pemilihan parti belum ditentukan, namun ia akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ketua UMNO Bahagian Kapar, Mohd Roslee Abd Hamid berkata, Zahid harus tegas dengan kata-kata sendiri kerana ia akan membuatkan pimpinan akar umbi dan ahli UMNO hormat kepada beliau.

“Apa jadi sekali pun pemilihan UMNO wajar dibuat sebelum kita hadapi PRU-15, ikut jadual dan perlembagaan parti yakni pemilihan setiap tiga tahun sekali.

“Kami tidak mahu Presiden UMNO tangguh untuk kepentingan pihak tertentu yang minta dilanjutkan. Presiden kalau dia ‘firm’ orang akan hormat.

“Kalau tangguh, berlengah orang akan anggap dia (Zahid) takut dengan desakan dalaman parti yang minta dia letak jawatan.

“Zahid kena tegas, UMNO bukan mewah, Zahid bukan ada jawatan dalam Kabinet malah bukan Timbalan Perdana Menteri pun,” tegas Mohd Roslee ketika dihubungi Suara.TV, hari ini.

Sementara itu, senada dengan Mohd Roslee iaitu Ketua UMNO Bahagian Bakri, Fuad Tukirin mengingatkan bahawa tarikh tamat tempoh pada Jun ini.

“Pemilihan parti wajar diadakan tahun ini memandangkan Jun 2021 dah tamat tempoh.

“Semua jawatan mesti dipertandingkan bermula di cawangan, bahagian dan pusat,” kata beliau.

Ditanya sama ada Presiden UMNO akan kekal atau ditukar, Fuad berkata, semua mesti dipertandingkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat