Jangan Jadikan Alasan Kes Covid-19 Turun Untuk Tidak Patuh PKP – Ismail Sabri

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Orang ramai digesa agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak menjadikan alasan penurunan kes positif COVID-19 sebagai alasan untuk melakukan perjalanan.

Tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selagi PKP belum ditamatkan, maka semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan perlu dipatuhi.

“Semalam apabila diumum oleh Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham) bahawa hanya 36 yang kes positif COVID-19 dan tiada kematian, ramai yang mula merasakan bahawa perlu dilonggarkan segala sekatan dan sebagainya.

“Saya harap selagi PKP tidak ditamatkan selagi tiada SOP yang baharu diperkenalkan oleh kerajaan, maka PKP dan SOP yang ada ketika ini masih kekal,” katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 946 individu ditahan setakat semalam susulan melanggar arahan PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 433 individu ditahan di kawasan zon merah.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 824 sekatan jalan di seluruh negara, dengan melakukan pemeriksaan ke atas 603,314 kenderaan.

“Sebanyak 53,380 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6127 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Sebanyak 101 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sebanyak 16,870 individu,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat