Polis Tahan Lelaki Cuba Lari Dari Kawalan PKPD Covid-19 Pasar Borong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga asing yang cuba melarikan diri daripada kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang yang berada bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi, lelaki berusia sekitar 40-an itu dikatakan memanjat pagar kawat berduri yang dipasang dan keluar ke jalan raya untuk melarikan diri daripada kawasan itu.

Pemberita Bernama yang berada di lokasi kejadian melihat suspek melintas jalan raya dan hampir dilanggar sebuah kenderaan sebelum ditahan anggota polis dan tentera.

Pemandu teksi yang berada di kawasan itu mengaku yang ada warga asing cuba melarikan diri dari kawasan itu sejak semalam, malah mereka dengan berani memotong kawat berduri yang dipasang untuk keluar.

Sementara itu, tinjauan mendapati kawalan ketat mula dilaksanakan di sekitar kawasan pasar borong bagi mengelak pergerakan keluar masuk orang ramai.

Anggota polis dan tentera dilihat melakukan kawalan di setiap pintu masuk malah 2 menara tinjau dibina oleh pihak tentera bagi memantau pergerakan orang ramai.

Seawal 10 pagi, proses sanitasi dilaksanakan di sekitar kawasan pasar borong malah petugas kesihatan juga hadir membuat pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dilapor berkata kira-kira 16,000 penduduk di Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang yang dikenakan PKPD akan menjalani saringan Covid-19.

Annuar berkata 6 kem saringan dengan 500 petugas kesihatan akan ditempatkan di 6 kawasan meliputi 8 parcel yang dikenakan PKPD bermula tengah malam tadi.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memutuskan untuk meletakkan Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang dalam status PKPD sehingga 3 Mei.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat