China Daily Siar Foto Peti Simpanan Virus Termasuk Covid-19 Di Makmal Bio Wuhan – Laporan

- Advertisement -

Umum percaya pandemik Covid-19 ini berasal dari negara China, berikutan kes pertama mengenai wabak tersebut dikesan dalam kalangan penjual dan pembeli di pasar haiwan eksotik dari Wuhan pada Disember tahun lalu.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang bukti yang berjaya ditemukan berkenaan punca utama tersebarnya virus tersebut di sekitar China.

Bagaimanapun perkara tersebut menjadi semakin mengelirukan apabila beberapa keping gambar yang dipercayai berasal dari dalam Institusi Virologi rahsia di Wuhan mengenai sebuah peti sejuk menyimpan 1,500 jenis virus termasuk koronavirus daripada kelawar tersebar.

Tambah mengejutkan lagi, gambar-gambar ini sebenarnya sudah dikeluarkan oleh akhbar China Daily milik negara itu sejak 2018 semasa melaporkan berita berkenaan “kebocoran” peti simpanan virus tersebut.

Gambar-gambar ini juga dipercayai diterbitkan semula di Twitter bulan lalu sebelum dipadamkan.

Selain itu, akhbar itu turut mendedahkan bahawa institusi tersebut pernah melakukan eksperimen koronavirus pada kelawar yang ditangkap lebih 1,000 batu dari Yunnan, menerusi dana AS$3.7 juta dari Amerika Syarikat (AS).

Oleh itu, koronavirus ini dipercayai boleh dikesan pada kelawar yang terdapat di gua-gua tersebut sahaja.

Sehubungan itu, para menteri di China kini bimbang apabila berpendapat penularan wabak itu mungkin berlaku akibat kebocoran yang dialami oleh peti makmal yang berlaku 2 tahun yang lepas.

Sumber perisik AS mengatakan tidak lama selepas wabak koronavirus bermula, pegawai di makmal itu memusnahkan sampel-sampel virus, menghapus laporan awal dan menyekat akhbar akademik dan kemudian cuba menyalahkan pasar basah Wuhan, di mana haiwan liar dijual.

Mereka turut mempercayai “Patient Zero” kemungkinan seorang pekerja pelatih di makmal itu seterusnya menyebarkan kepada penduduk setempat dan juga teman lelakinya.

Selain itu, diplomat AS di Beijing permah dilaporkan sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Jabatan Negara, virus ini berpotensi mencetus wabak baru seperti SARS pada 2018 juga turut didedahkan.

Namun China terus menegaskan perkara yang berlaku hanyalah satu kebetulan dan menolak segala konspirasi yang diberikan.

Tidak pernah ada penyembunyian dan juga penutupan rahsia tidak dibenarkan berlaku.

Presiden AS Donald Trump turut tampil memberitahu bahawa mereka akan melakukan pemeriksaan yang lebih mendalam mengenai perkara itu.

Selain itu, mereka juga membuat tuntutan terhadap negara China untuk bersikap telus mengenai perkara ini memandang ia perkara yang serius dan sudah menyebabkan banyak kematian.

China diminta untuk memberi kerjasama kepada dunia bagi membuka laluan masuk kepada para saintis supaya kajian tepat boleh dilaksanakan sekaligus merungkai punca penularan virus ini.

Presiden AS Donald Trump ketika disoal mengenai teori kebocoran ini pada sidang media minggu lalu menjawab: “Kami sedang melakukan pemeriksaan yang mendalam mengenai keadaan mengerikan ini.”

Sementara itu, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo menuntut agar Beijing bersikap telus mengenai apakah virus itu bocor dari makmal dengan menyatakan “masih banyak yang perlu dipelajari. Kerajaan AS berusaha dengan tekun untuk mendapat kepastian perkara ini.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat