Pertama Kali Dalam Sejarah Harga Minyak Amerika Jatuh Bawah US$0 Setong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR ― Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bawah paras US$0 setong pada lewat Isnin.

Ia merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah yang mana harga bahan mentah itu jatuh ke paras negatif -US$37.65 setong.

Para pedagang dilihat mengambil pendekatan menjual minyak mentah ekoran kekurangan tempat simpanan di AS, laporan Astro AWANI.

Harga minyak mentah AS dijangka akan mengalami kejatuhan 306 peratus untuk kontrak penghantaran pada bulan depan.

Sementara itu, harga minyak mentah Brent pula turut jatuh 9 peratus kepada sekitar AS$25 atau RM110, setong.

Ketika ini, harga minyak global mencatatkan penurunan susulan menerima permintaan lemah.

Ia dipercayai berlaku memandangkan kebanyakan negara mengeluarkan arahan duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat