Boikot KK Mart bukan nak tunjuk terpaling hero, ini kesucian Islam – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mempertahankan tindakannya menggerakkan kempen boikot KK Mart adalah untuk memelihara kesucian Islam bukannya hendak berlagak ‘terpaling hero’ apatah lagi menunggang isu demi kepentingan politik seperti didakwa.

Beliau malah menegaskan, kritikan-kritikan yang dilemparkan kepadanya menggambarkan seolah-olah umat Islam tidak mampu untuk bersatu meskipun saat agama Islam dihina.

“Macam manalah umat Islam tidak dipandang rendah apabila kita tidak mampu untuk bersatu walaupun ketika agama Islam dihina kerana perasaan iri hati yang mahu melihat dia lebih baik dari semua orang ataupun dalam bahasa mudah dia sahaja terpaling baik.

“Bila kita membantah di peringkat awal walaupun ketika itu semua senyap sahaja tetapi kita tetap bantah walaupun diasak kiri dan kanan,kita teruskan untuk membuat laporan polis seluruh malaysia yang akhirnya berjaya membuka mata rakyat untuk bersama-sama dalam isu ini.

“Bila kita lancarkan boikot kita pula dituduh ‘terpaling hero’.Salah ke saya untuk buat kempen boikot? Kempen yang menyedarkan sesama kita tentang perlu adanya tekanan yang keras untuk memberi pengajaran kepada mereka yang menghina agama Islam.

“Salah ke saya cuba memberi peringatan pentingnya kita perlu jayakan boikot ini setiap hari? Sama juga dengan kempen boikot barangan Israel yang dibuat sebelum ini oleh pemimpin yang lain,ke kempen boikot ini hanya boleh dibuat oleh pihak kamu baru dianggap betul dan bukan terpaling hero? bidas Exco Melaka itu di Facebooknya pada Khamis

Dr Akmal berkata demikian mengulas kenyataan seorang pengguna akaun Facebook, Nurul Mohamed Yusoff yang mendakwa Ketua Pemuda Umno itu menunggang isu KK Mart serta berlagak ‘terpaling hero’ mengajak orang ramai memboikot KK Mart.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, isu KK Mart ini bukan soal politik tetapi kesungguhan umat Islam memelihara kesucian agama serta ia menjadi tanggungjawab setiap pihak.

“Tetapi tak mengapalah,siapa yang terpaling juara dan terpaling bagus bukan isu saya,saya hanya mahukan maruah dan kesucian agama Islam ini dipelihara sebab itu berulang kali saya katakan,ini bukan soal politik,ini soal memelihara kesucian agama Islam kita dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam memeliharanya.

“Jika kamu nak mengatakan saya acah-acah hero ataupun terpaling hero dan kamu tidak suka, saya minta maaf,tetapi demi Allah semua itu tidak pernah difikirkan dalam minda ini,yang ada hanyalah mahu melihat maruah dan kesucian agama Islam ini dipelihara.

“Jika kamu nak dikatakan paling bagus dan terpaling cakna sekali ambillah.
Iya kamu paling bagus, ya kamu terpaling ke depan, iya kamu terpaling semuanya. Yang penting bagi saya,agama Islam saya tetap akan saya pertahankan dengan nyawa saya.

“Bagi saya ini bukan soal siapa dapat keuntungan politik,ini soal bagaimana kita mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin Islam terutama ketika agama kita dihina.

“Ambillah semua keuntungan politik itu kepada kamu dan parti yang kamu sokong kerana saya tak mahu satu pun. Hanya satu permintaan saya,jangan kacau saya untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan tuduhan yang tidak elok.Husnuzon kan lebih baik,” katanya.

Beliau malah mengajak individu mengkritik berkenaan supaya melupakan perbezaan warna politik ketika kita bersama mempertahankan agama Islam bangsa dan tanah air kita.

Dr Akmal malah menegaskan beliau hanya insan yang kerdil dan bukan terpaling hero.

Mengulas lanjut, Dr Akmal memaklumkan selepas laporan polis dibuat Pemuda Umno mahu isu stoking kalimah Allah ini disiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan.

“Kenapa saya tidak mencadangkan untuk mengubal undang-undang? Cadangan itu ada saya utarakan selepas laporan polis dibuat pada hari pertama yang mana kita minta kes ini disiasat di bawah seksyen 298(A) kanun keseksaan dan mencadangkan agar akta ini boleh digubal untuk hukuman yang lebih berat,tetapi saya ini adalah ADUN,pengubalan undang-undang di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Jadi Alhamdulilah kempen yang kita jalankan di peringkat awal telah membuka mata ramai orang bahawa kali ini tekanan keras perlu dilakukan dan perlunya peranan semua pihak untuk bersama menjayakan kempen ini.

“Mungkin dia terlupa saya ini adalah ADUN,nak gubal undang-undang adalah ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat,tetapi syukur dengan adanya kempen boikot dan tekanan di peringkat awal yg telah kami lakukan,membuatkan ahli Parlimen di dalam dewan sedar tentang isu ini perlu diatasi dengan lebih serius,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat