ADUN Kuala Kubu Bharu (DAP) meninggal dunia akibat kanser

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, 58 meninggal dunia akibat kanser pada Khamis.

ADUN DAP itu sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat di Kuala Kubu Bharu.

Kematian Kee Hiong telah disahkan oleh tiga pemimpin DAP, lapor FMT.

Sin Chew Daily melaporkan ADUN yang berusia 58 tahun meninggal dunia pada jam 10 pagi selepas bertarung dengan kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Gerakan, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau pertama kali memenangi kerusinya pada 2013 selepas menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi dan mempertahankannya pada 2018 dengan majoriti 7,134 undi berbanding Wong Koon dari MCA.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat