Eina berhabis untuk Cik Mek

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jauh di sudut hati, Datin Paduka Eina Azman, 27, terkilan tidak sempat bekerjasama dengan Allahyarham Mamat Khalid untuk karya terakhir sutradara prolifik itu, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

Kali pertama beraksi di bawah arahan Allahyarham Mamat menerusi filem Zombie Kilang Biskut pada 2018, Eina tidak menyangka itu lamaran terakhir pengarah tersohor yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, pada 24 Oktober, tahun lalu.

“Saya menerima berita pemergian arwah ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Sepatutnya, kami memulakan penggambaran, pada minggu berikutnya.

“Saya memang terkejut dan teramat sedih dengan pemergian arwah. Sudah lama saya teringin kembali bekerja di bawah arahan arwah. Namun, hasrat ini tidak kesampaian.

“Saya ada berbual dengan isterinya, Hasmah Hassan dan anaknya, Mohamad Khalid Amen Mohamad. Mereka meminta saya menyokong filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

Eina membawakan watak Cik Mek dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali arahan Mohamad Khalid Amen yang menggantikan posisi arwah bapanya selaku pengarah. Foto IG Eina Azman
Eina membawakan watak Cik Mek dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali arahan Mohamad Khalid Amen yang menggantikan posisi arwah bapanya selaku pengarah. Foto IG Eina Azman

“Jadi, saya berjanji mahu memberikan lakonan sehabis baik untuk filem ini,” katanya kepada BH Online.

Eina membawakan watak Cik Mek dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali arahan Mohamad Khalid Amen yang menggantikan posisirwah bapanya selaku pengarah.

Eina atau nama sebenar, Ainur Syakina Azman berkata, pada mula hatinya berbelah-bahagi sama ada mahu menerima tawaran arwah Mamat kerana merancang berehat selepas menjalani penggambaran drama.

Namun, dia akhirnya bersetuju selepas menimbang tawaran arwah, selain peluang tidak akan hadir berkali-kali.

“Saya terima panggilan telefon arwah yang menawarkan saya berlakon dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

“Bagaimanapun, saya tidak terus memberikan jawapan, sebaliknya meminta sedikit masa untuk memikirkannya. Ini kerana saya juga ada komitmen lain.

“Namun, watak kali ini agak berbeza apabila saya perlu menyanyi dan bersilat. Apabila berbincang soal tarikh, ia kena pula dengan jadual saya. Jadi, akhirnya saya bersetuju,” kata Eina pada sidang media filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali secara virtual, baru-baru ini.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama 5 Jingga itu berkata, dia sukar melupakan insiden ditumbuk betul-betul pada muka sehingga menanggung kesakitan.

Selain itu, Eina berkata, dia cukup teruja apabila melakukan adegan berlawan yang kali pertama dilakukan sepanjang bergelar pelakon.

“Selama ini, saya tidak pernah menjayakan babak bergaduh seperti itu. Walaupun terpaksa menjalani penggambaran daripada jam 6 pagi, tetapi ia suatu pengalaman yang cukup berharga,” katanya.

Mengulas kenaikan angka COVID-19 hari demi hari, Eina yang pernah ‘paranoid’ apabila melalui pengalaman dijangkiti COVID-19, tahun lalu mengaku bimbang apatah lagi memiliki dua cahaya mata yang masih kecil.

Justeru, katanya, dia bukan sahaja lebih berhati-hati, malah melakukan ujian sendiri di rumah, setiap hari.

“Situasi sekarang memang membimbangkan, tetapi kita tidak mampu buat apa-apa. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya melakukan ujian kendiri di rumah sebelum keluar bekerja atau bertemu rakan-rakan.

“Saya pernah dijangkiti COVID-19, tahun lalu. Kalau boleh saya tidak mahu ia berulang semula kerana anak-anak masih kecil dan belum menerima suntikan vaksin,” katanya ibu kepada anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubry yang berusia enam tahun itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat