Siri Xiaomi 12 telefon pintar premium, teknologi canggih

- Advertisement -

JENAMA peneraju teknologi global, Xiaomi melancarkan barisan telefon pintar mercu premium terbaharunya, siri Xiaomi 12 di Malaysia, baru-baru ini.

Telefon pintar premium yang mempunyai prestasi hebat dengan adanya teknologi paling maju ini sangat sesuai untuk kegunaan profesional dan harian.

Salah satu sebabnya adalah, siri Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12 Pro menampilkan susunan tiga kamera Pro-grade 50MP dengan telefoto 50MP dan kanta ultra lebar 50MP, manakala Xiaomi 12 menampilkan kamera utama Pro-grade 50MP dengan kanta ultra lebar dan telemakro pertama pada telefon pintar Xiaomi.

Dengan adanya tiga kamera Pro-grade 50MP, hasil rakaman gambar dalam pelbagai senario kelihatan sangat sinematik ditambah algoritma AI canggih Xiaomi.

Rakam setiap detik indah dalam pelbagai acara dengan kesan khas profesional dan pilihan kreatif termasuk Xiaomi ProFocus, One-click AI cinema dan sebagainya.

Sementara itu, siri Xiaomi 12 dilengkapi Ultra Night Video supaya dapat merakam video dalam keadaan cahaya malap, dengan pelbagai mod potret membolehkan pengguna merakam video berkualiti studio.

Selepas ini, video yang cerah dapat diambil hanya dengan menggunakan satu telefon pintar dan tiada lagi penggunaan cahaya tambahan diperlukan.

Image

Menampilkan platform mudah alih tercanggih Qualcomm, Snapdragon® 8 Gen 1, siri Xiaomi 12 menetapkan bar untuk pengkomputeran generasi akan datang dengan proses teknologi 4nm termaju.

Pastinya, produktiviti harian anda seperti bekerja dan menonjolkan bakat terpendam dalam bidang fotografi misalnya dapat ditingkatkan dengan cip pengkomputeran prestasi mewah generasi seterusnya ini.

Siri Xiaomi 12 selesa dipegang di tapak tangan dan mudah disimpan dalam poket kerana direka berpandukan rekaan ikonik siri Xiaomi 12 yang bersaiz poket mudah alih, serba baharu dan penuh estetika halus.

Didatangkan dengan bateri berkapasiti tinggi yang lebih nipis, ia menjimatkan ruang sempit dalam peranti.

Xiaomi 12 Pro hadir dengan saiz paparan 6.73 inci yang disarung dalam bingkai tengah anggun dengan lengkung 3D canggih.

Image

Manakala, Xiaomi 12 pula didatangkan dalam bentuk saiz paparan 6.28 inci dan berukuran 69.9mm lebar lalu diserikan dengan lengkung licin untuk kesesuaian sempurna*.

Memaksimumkan nisbah skrin-ke-badan dengan bezel kecil, siri Xiaomi 12 boleh memaparkan lebih daripada 68 bilion warna untuk kejelasan tambahan dan ketepatan warna.

Pastinya, kepuasan melihat skrin ketika mengambil gambar, bermain permainan video, menonton video tiada tandingan dengan siri Xiaomi 12.

Kedua-dua peranti menawarkan tontonan yang jelas pada Paparan Titik AMOLED yang dinilai A+ oleh DisplayMate dan dengan sokongan TrueColor.

Bagi lebih memberi kelegaan buat pemilik telefon pintar, paparan siri Xiaomi 12 didatangkan dengan skrin pelindung tahan calar Corning® Gorilla® Glass Victus® dan menyokong HDR 10+ serta Dolby Vision®, teknologi pengimejan terkemuka industri yang menghidupkan kandungan anda dengan warna dan butiran yang terang.

Siri Xiaomi 12 meningkatkan pengalaman hiburan anda kerana Xiaomi 12 Pro dilengkapi pembesar suara quad pertama pada peranti telefon pintar Xiaomi, dengan SOUND BY Harman Kardon.

Pembesar suara quad Xiaomi 12 Pro hadir dalam bentuk dua tweeter dan dua woofer  bagi menyampaikan butiran yang jelas dan meliputi rangkaian bunyi yang menakjubkan.

Siri Xiaomi 12 menampilkan dwi pembesar suara, juga dengan SOUND BY Harman Kardon.

Kelengkapan audio pada kedua-dua peranti mencipta pengalaman audio yang mengasyikkan yang dikuasakan oleh Dolby Atmos®, menyampaikan bunyi spatial dengan perincian yang jelas dan seakan bunyi sebenar merentas semua hiburan kegemaran anda.

Bagi memastikan siri Xiaomi 12 menyampaikan pengalaman sinematik dan hiburan sebenar sepanjang hari, peranti ini memberikan kelajuan dan keselamatan pengecasan peringkat seterusnya.

Image

Xiaomi 12 Pro menampilkan bateri berkapasiti 4,600mAh yang dilengkapi dengan teknologi HyperCharge 120W Xiaomi; manakala, Xiaomi 12 mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan turbo Xiaomi 67W dan 50W tanpa wayar.

Image

Tersedia dalam warna kelabu, ungu dan biru, pra-tempahan siri Xiaomi 12 sudah boleh mula dilakukan sehingga 23 Mac 2022 pada harga RM3,899 untuk Xiaomi 12 Pro , 12GB + 256GB, manakala Xiaomi 12, 8GB + 256GB pula berharga RM 2,999.

Setiap pra-tempahan siri Xiaomi 12 akan menerima Xiaomi Soundbar 3.1ch bernilai RM 1,499 dengan penghantaran dari pintu ke pintu semasa pengumpulan peranti, jaminan produk lanjutan 1+1 tahun bernilai RM 499 dan penggantian skrin percuma dalam tempoh enam bulan selepas pembelian untuk kerosakan di bawah jaminan bernilai RM 199 untuk setiap satu pembelian.

Bukan sekadar itu, anda juga layak menikmati pakej servis VIP Xiaomi seperti percuma satu kali penggantian skrin, waranti dua tahun, tiga tahun naik taraf sistem operasi (OS) Android dan empat tahun naik taraf keselamatan.

Setiap pembelian Xiaomi 12 atau Xiaomi 12 Pro juga akan memberi anda akses kepada hadiah premium percuma bernilai sehingga RM 2197**, yang akan dihantar kepada anda depan pintu 30 hari selepas anda mengambil peranti baharu anda dari kedai sah Xiaomi berhampiran anda.

Pra-tempah siri Xiaomi 12 hari ini di laman web Xiaomi.

*Kuantiti terhad, berdasarkan siapa cepat dia dapat

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat