Shila Amzah mohon maaf pada media

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah, 32, menyesal dengan tindakan saman terhadap sekumpulan wartawan pada tahun 2015 dan memohon maaf kepada pengamal media yang terkesan.

Menurutnya dalam temubual di Melodi TV3, dia sendiri berasa pengalaman itu satu pembaziran besar kerana jumlah wang dihabiskan untuk turun naik mahkamah sebenarnya boleh membeli sebuah rumah.

“Sejujurnya saya cuma dapat kebebasan untuk buat apa yang saya nak dalam tiga tahun ini. Apa yang berlaku lepas, saya nak cakap itu bukan keputusan saya. Saya bukan menidakkan jasa ibu bapa saya membesarkan dan melindungi saya.

“Saya pun berada dalam tertekan dalam ruang peribadi saya. Memang kita saling memerlukan. Kalau saya boleh balikkan waktu, saya takkan pergi sampai mahkamah. Saya takkan bazir duit, bazir masa saya.

“Saya habiskan jumlah (wang) yang saya boleh beli rumah dengan turun naik mahkamah. Ia satu pembaziran masa dan wang,” katanya.

Menurut Shila, sekiranya memiliki kebebasan ketika itu, dia ingin selesaikan konflik bersama media sebaiknya.

“Malangnya, mereka tiada hubungan secara langsung dengan saya, tak ada nombor (telefon) saya nak tanyakan sendiri sebelum mereka tulis sesuatu. Masa itu, kalau saya ada ruang, memang saya akan nafikan.

“Memang keputusan itu bukan keputusan saya. Semestinya saya masih muda ketika itu, saya beremosi, tak boleh keluar, tak boleh kawan dengan sesiapa yang saya nak. Dikawal rapi,” katanya.

Shila berkata pengalaman itu menjadi episod terburuk dalam hidupnya dan tidak sanggup berdendam dengan sesiapa.

“Sekarang ini saya menjalani kehidupan untuk hari ini, kita tak tahu apa akan berlaku esok, saya tak nak berdendam dengan orang. Kalau boleh sesiapa yang terguris hati perasaan, seandainya bermula dari saya atau orang lain saya mohon maaf.

“Ketika itu pandangan saya mengenai kehidupan berbeza, saya harap sangat ini tak berpanjangan, kita semua nak hidup tenang sahaja dan semoga menjadi pengajaran dan iktibar untuk anak seni dan kawan-kawan yang lain.

“Apabila sudah ada dalam industri selesaikan dengan cara baik. Saya mohon maaf sangat, tak nak hidup dalam dendam dan pergi acara pun rasa ‘best’ saja.

“Ini adalah satu titik hitam paling buruk dalam hidup saya, saya harap kita dapat berbaik semula kerana kita tak tahu esok ada lagi tak untuk kita. Kalau tak nak berkawan lagi pun, jauh di hati saya anda dapat memaafkan saya,” ujarnya.

Shila juga berharap proses berbaik dan kembali menjernihkan hubungan dengan pihak media selepas ini berlaku secara semulajadi.

“Untuk masa sekarang ini saya lebih selesa berlaku secara semulajadi. Insya-Allah. Saya harap selepas ini kita buang yang keruh dan ambil yang jernih, ini pun nak bulan Ramadan sudah, mana tahu masa raya nanti saya boleh undang datang ke rumah.

“Saya tak mahu hidup dalam penyesalan, tak nak apa-apa berlaku terhadap mereka yang tersinggung benda itu, ia buat hidup saya tak ‘best’.

“Saya terkilan apa yang berlaku, kalau boleh pusing masa semula saya tak nak pergi ke mahkamah. Saya tak boleh bayangkan mereka yang terkesan, saya doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.

Pada 2015, Shila menyaman akhbar Kosmo selepas laporan mengenainya membuat persembahan dengan tajaan sebuah syarikat judi. Dia bagaimanapun kalah dalam kes itu  dan diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Kosmo selaku defendan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat