Caj hospital swasta tinggi, orang ramai boleh buat aduan – Sim Tze Tzin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin meminta agar orang ramai menyalurkan maklumat kepada [email protected] berkenaan caj hospital & caj insurans yang melambung tinggi.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti segala aduan dan mengambil tindakan seterusnya untuk membantu rakyat, dan mencadangkan penyelesaian kepada kerajaan.

Menurutnya isu tersebut telah dibangkitkan sebelum ini menegnai hospital swasta dan insuran perubatan yang melambung tinggi dengan kenaikan 40% bagi premium insuran.

“Golongan yang mempunyai insurans akan dicaj tinggi tetapi mereka memang tidak ada pilihan lain.

“Seperti apa yang kita sedia maklum, prosedur perubatan dikawalkan ole Akta Fi tetapi tada kawalan bagi caj-caj lain.

“Saya menerima panggilan daripada ejen insurans bahawa premium insurans perubatan saya akan dinaikkan 40%.

“Menurut penjelasannya, kenaikkan ini disebakan oleh inflasi kos-kos perubatan, bil hospital dan ‘claim behavior’

“Bukan sahaja Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) CEO, Mark O’Dell dikejutkan ole bit hospital RM 19,000 untuk prosedur biasa,” jelasnya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Tambahnya jika caj hospital swasta melambung tinggi akan menyebabkan golongan M40 tidak mampu menanggung bil hospital.

“Mereka akan pergi ke hospital dan klinik kerajaan.

“Hospital kerajaan akan dibebankan dengan pesakit-pesakit yang semakin bertambah, kesesakan tersebut akan menjejaskan peluang golongan B40 mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa telah menerima aduan daripada rakyat yang menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk menghentikan kenaikan premium insurans.

“BNM membalas bahawa tidak berhak untuk mencampur tangan disebaban ini ‘Commercial Decision’, memandangkan dalam setap insurans agreement ada Klausa yang membenarkan ‘Changing the Premium and Insurance Charges’.

“Bank Negara Malaysia bertanggungjawab untuk kawal selia perkhidmatan kewangan, dan insurans salah satu perkhidmatan Kewangan dalam negara,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat