Empat anggota pengaman Unifil di Lubnan cedera dalam serangan roket

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Empat anggota pasukan pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Unifil) tercedera dalam serangan roket yang menyasarkan pangkalan mereka.

Unifil dalam kenyataan memaklumkan, empat anggota pasukan pengaman Ghana yang bertugas cedera selepas roket mengenai pangkalan mereka di Kampung Ramia, Lubnan.

Katanya, pasukan pengaman yang mengalami kecederaan dan tiga daripada mereka telah dipindahkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian lain, Ibu Pejabat Unifi Sektor Barat di Shama telah terjejas oleh lima roket yang menyasarkan bengkel penyelenggaraan.

“Walaupun ia menyebabkan kerosakan teruk pada bengkel, tiada pasukan pengaman cedera. Ini adalah kali kedua pangkalan Unifil ini terjejas akibat pertempuran yang berterusan di kawasan itu dalam tempoh kurang seminggu.

“Terakhir, ketika peronda Unifil melalui jalan di timur laut kampung Khirbat Silim, seorang bersenjata terus melepaskan tembakan ke arah rondaan tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan dalam kalangan pasukan pengaman dalam insiden ini,” kata Unifil.

Unifil sekali lagi mengingatkan semua pihak terlibat untuk menghormati pasukan pengaman dan pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan serangan terhadap mereka mesti ditamatkan serta-merta.

“Sebarang serangan terhadap pasukan pengaman adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan Resolusi 1701, yang menjadi asas kepada mandat semasa Unifil,” katanya.

Unifil berkata, pasukan pengaman akan terus kekal di negara itu dan sentiasa memantau serta melaporkan pelanggaran Resolusi 1701 secara saksama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat