Persembahan ‘Magical’ bertenaga di Konsert Gendang Pati M.Nasir

- Advertisement -

Datuk M.Nasir yang cukup dikenali sebagai seorang pencipta lagu, komposer, penerbit album serta seorang ‘maestro’ yang mampu mengabungkan pelbagai irama, alat muzik dan not menjadi satu simforni yang bergitu menakjubkan dan ajaib kepada setiap yang mendengarnya.

Keajaiban berjaya dicipta dimana Datuk M.Nasir, telah memberikan satu persembahan yang extravanganza dan bertenaga dinamakan Konsert Gendang Pati yang telah berlansung di Dewan Planery, Pusat konvensyen Kuala Lumpur pada 18 November lepas.

Konsert yang telah berjaya memukau lebih 2,800 penonton itu memberikan satu persembahan yang cukup bertenaga, aura yang menakjubkan, padat dengan tema kemanusiaan serta memperkasakan alat muzik gendang sebagai instrument utama.

Konsert bermula dengan paparan video ‘Pheonix Bangit’ serta tarian oleh penari yang menari tarian burung lagenda itu dan munculnya sang pewira yang berbusana hijau diiringi paluan gendang serta instrument moden yang melatari persembahan.

Kehangatan pada malam itu makin terasa dengan penampilan jelas sang pewira Datuk M.Nasir, membuatkan bergema seluruh dewan dengan sorakan apabila beliau muncul dan memberi satu dua kata.

” Jangan berasa terasing. Saya akan bawa anda ke Pulau Kencana,” sambung beliau lantas menyambung persembahan dengan lagu Inang Pulau Kencana.

Lagu Secangkir Kopi Semanis Puan menjadi penyambung persembahan dengan elemen genre muzik dangdut yang kemudiannya disusuli dengan lagu Bila Rumi Menari.

Penonton mula berdiri apabila lagu ‘Tanya Sama Hud Hud’ didendangkan dan secara bersahaja penonton turut bernyanyi bersama lagu yang seakan menjiwai sebati dalam diri mereka seolah olah mereka bebas menghargai serta menghayati karya yang dihidangkan kepada mereka.

Penonton ‘dibawa’ menjelajah pula ke benua Amerika Selatan, Brazil menerusi persembahan instrumen ‘Pandiero’ yang disenyawakan oleh Awe dan Ramli dengan nuasa rap versi ‘dialek kelantan’ yang memperkuatkan lagi nilai estetika Konsert Gendang Pati.

Persembahan diteruskan dengan penambilan istimewa daripada kumpulan koir terdiri daripada 25 orang murid dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet, Ipoh, Perak iaitu Sam Tet Voices.

Kumpulan ini pernah mencipta kejayaan pada World Choir Games 2023. Lagu ini turut menjadi OST filem ‘Puteri Gunung Ledang’.

“Saya tertarik dengan persembahan mereka setelah menyaksikan persembahan mereka di Terengganu dalam sebuah pertandingan ‘koir’, dimana mereka telah menjadi juara”, jelas Datuk M. Nasir.

Rangkaian karya lagu-lagu popular yang dihasilkan oleh Datuk M.Nasir banyak memberi impak kepada industri muzik tanah air sekaligus membuatkan nostalgia 80an Kembali pada malam itu.

Datuk M. Nasir menghiburkan penonton dengan lagu-lagu seperti Dah Lagu Tu, Melawan Arus, Kias Fansuri, Raikan Cinta, Hijap Kekasih serta Sentuhan Listrikmu, Mustika dan Suatu Masa yang disampaikan secara medley.

Lagu-lagu yang menjadi pilihan dan turut dinyanyikan penonton antaranya lagu Gadisku (search), Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (Alleycats), Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon), Tiara (Kris), Fantasia Bulan Madu (Search), Hukum Karma (Wings) dan Pawana (Search).

Lagu ‘wajib’ seperti Apokalips dan Mentera Semerah Padi yang membuatkan dewan Kembali bergema dengan lontaran vokal yang beriringan bersama M.Nasir.

Demi bersolidariti dengan kensensaraan rakyat Palestin oleh kekejaman Zionis Isreal, lagu Masirah menjadi hadiah sebagai sokongan kepada rakyat Palestin untuk terus bangkit demi mempertahankan hak mereka.

Datuk M Nasir berkata, lagu itu diilhamkan daripada kejadian sebenar pejuang Palestin, Muhammad Al Durrah berdepan anggota tentera Israel. Lagu yang difahamkan ditulis pada lebih 20 tahun lalu itu menjadi dendangan penutup konsert anjuran MND Sports & Events dan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd.

Selain lagu, konsert turut membabitkan bacaan doa qunut nazilah serta bacaan puisi ‘Thaurah Palestin’ karya Datuk Dr Usman Awang yang telah di deklamasikan oleh Amerul Affendi sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin di penghujung konsert.

Konsert yang belansung sepanjang tiga jam itu menampilkan barisan 16  pemuzik hebat iaitu pengarah muzik dan pemain gitar, Nan Alias, Rafi Mohd (gitar), Norman (bass), Firdaus Mahmud (keyboard), Eddie Slam dan Ujang Exists (dram) serta penyanyi latar, Eja, Widy, Yuaz dan Awe.

la dilengkapkan lagi dengan penampilan pemain perkusi, Paang, Mat Din, Che Long dan Anas. Selain dibantu oleh Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat