SPRM tahan empat penguat kuasa disyaki terima rasuah RM300,000

- Advertisement -

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan empat anggota penguat kuasa disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 daripada ejen-ejen dan calon-calon yang mengambil lesen memandu.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Katanya, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui orang tengah.

“Modus Operandi (MO) yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa ini adalah dengan meminta dan menerima rasuah daripada “orang tengah”.

“Mereka menerima RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut sumber itu lagi, kegiatan haram sindiket pengeluaran lesen terbang ini menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan kira-kira RM1.5 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Kesemua suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pukul 9 pagi esok,”jelasnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat