Annuar Musa Nafi UMNO Tidak Dilayan Dengan Adil Dalam PN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyanggah dakwaan sesetengah pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak menerima layanan adil dalam Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan bahawa dakwaan beberapa pemimpin UMNO berhubung perkara berkenaan hanyalaah rekaan semata-mata.

Dalam satu temubual bersama UMNO Online, Annuar menjelaskan dalam kabinet PN hari ini, UMNO diberikan 11 kedudukan yang mana ia menandakan bahawa parti itu tidak dikesampingkan.

Malah beliau menegaskan bahawa sekiranya ada rasa tidak puashati dalam isu jawatan dalam kabinet, perkara itu sepatutnya dibincangkan ketika kabinet mahu dibentuk.

“Kabinet prerogatif perdana menteri. Kita tidak tentukan Kabinet, kita tentukan memilih dan beri kepercayaan kepada Muhyiddin menjadi perdana menteri.

“Asasnya prerogatif beliau, kalau nak runding parti berunding sebelum Kabinet terbentuk. Setelah dibentuk kenapa tak adu, kenapa lapan bulan kemudian baru nak adu… itu cerita rekaan,” katanya.

Dalam temubual yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan yang disiarkan secara langsung di media sosial, Annuar juga berkata pemimpin UMNO sepatutnya memikul tanggungjawab bersama dalam Kabinet.

“Separuh Kabinet adalah BN. 11 orang Kabinet BN. Apa benda kita nak buat dalam kerajaan kita boleh buat, kita boleh ambil tanggungjawab, kenapa direka kita tak dilayan dengan baik?”

Beliau berpendapat, pandangan itu timbul kerana parti Melayu itu masih dikongkong kekeliruan dan ilusi kekuatan seperti sewaktu masih menguasai kerajaan sebelum PRU14.

Oleh itu pemimpin parti perlu sedar UMNO perlu bergantung kepada kekuatan parti lain untuk berkuasa pada waktu ini.

“Ini pendapat mengatakan UMNO tidak dilayan, kita masih dalam kepompong superiority complex … kita rasa kita kena dilayan macam dulu, kita lupa kita jatuh dan kalah jadi parti pembangkang.

“Secara berperingkat kita bina semula kekuatan kita dan ia satu proses. Layanan atau tidak itu keputusan kita.

“Kalau kita ada kekuatan orang akan layan kita dengan baik. Kalau kita berpecah-belah kita rasa kita kuat tapi kita berpecah, kita flip-flop,” kata Annuar.

Tambahnya, dakwaan bahawa UMNO dipermainkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah juga tidak timbul.

Sebaliknya parti itu tidak menunjukkan sikap yang membolehkan ia dihormati kerana berunding untuk membentuk kerajaan baharu Sabah.

Jelasnya, beliau dapat melihat antara kelemahan UMNO semasa rundingan itu tidak menamakan calon ketua menteri lebih awal dan bertanding di lebih banyak kerusi dari yang dipersetujui.

“UMNO ditawarkan calon ketua menteri sebelum PRN tapi kita pilih nak namakan selepas PRN, kenapa tak beritahu orang ramai?

“Begitu juga soal calon, kita gembira terima 27 kerusi UMNO, 19 Bersatu, 15 PBS, lapan Star.

“Kita sendiri tambah daripada 27 jadi 32, jadi 42… Jadi di mana kita tak puas hati? Hanya setelah keputusan keluar tak dapat kejayaan seperti kita mahu?”

Beliau juga menolak dakwaan dakwaan UMNO tidak diberi jawatan kanan dalam Kabinet Muhyiddin.

“Kita tak tunjuk sikap kepimpinan untuk orang hormati kita. Layanan bagaimana kita mahu?

“Soal menteri kiri atau kanan kita anggota kabinet. Bila diberi jawatan kena jalankan tugas dengan baik supaya nama parti terjaga, adakah jawatan dalam Kabinet kena buat tawar menawar?”

Beliau juga membangkitkan mengenai rundingan untuk memilih timbalan perdana menteri daripada kalangan pemimpin UMNO.

Katanya langkah itu tidak dapat dilaksana kerana perdana menteri menetapkan presiden dan individu yang berdepan perbicaraan di mahkamah tidak dapat dilantik ke jawatan Kabinet.

“Bermakna presiden kita tak akan jadi timbalan perdana menteri dan tidak akan ada dalam Kabinet. Kita dah bincang dan redha.

“Saya beri pandangan, kalau presiden tak jadi timbalan eloknya tidak ada (jawatan itu)…kemudian timbul konsep empat menteri kanan. Kita yang pilih,” katanya.

Namun begitu, kini wujud gerakan untuk menggesa perkara itu dirombak kembali di tengah-tengah tempoh penggal pemerintahaan.

“Sekarang lepas pilihan raya umum kita hitung balik… Tapi ada gerakan cadang rombakan sekarang, sepatutnya sekarang dalam terma asal, lapan bulan nak rombak kabinet itu jarang berlaku.

“Biro politik minta rombak dan jawatan timbalan perdana menteri tak salah tapi adakah maksud itu individu atau perdana menteri timbang timbalan perdana menteri mewakili UMNO, itu prerogatif perdana menteri.

Annuar bagaimanapun berpendirian tuntutan untuk pemimpin UMNO dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri perlu dinyatakan dengan tegas.

“Kita kena beri mesej jelas kepada perdana menteri, adakah tuntutan jawatan timbalan itu kita minta perdana menteri canggah kenyatannya sebelum ini.

Dalam temubual itu, Annuar turut memuji Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana presiden UMNO bertegas untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat