NGO Terkilan Seperti Di Diskriminasi Dalam Belanjawan 2021

- Advertisement -

CYBERJAYA: Malaysian Subtance Abuse Council (MASAC) terkilan kerana Belanjawan 2021 yang baru dibentang baru-baru ini tidak inklusif terhadap usaha Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menangani penyalahgunaan dadah.

Menurut Presiden MASAC, Datuk Hj Izhar Talib, mereka terkilan dengan diskriminasi dimana pihak kerajaan yang menjalankan perkhidmatan ini diperuntukan dengan dana yang tidak mencukupi dan sukar mereka menjalankan program yang telah dirancang.

“Banyak rumah perlindungan NGO lain termasuk Rumah orang tua, Rumah perlindungan dan penjagaan kanak kanak, Rumah penjagaan OKU, Pusat orang buta , Rumah perlindungan remaja wanita terlanjur, Rumah perantaraan penjara, Rumah  penjagaan HIV dan lain-lain diberikan peruntukkan tahunan dari Kerajaan”

“Kecuali Perkhidmatan Rumah Rawatan dan Pemulihan Dadah yang kendalikan oleh NGO,

“Manakala, MASAC mewakili 43 NGO yang menjalankan perkhidmatan yang sama tidak langsung diberikan sedikit pun bajet, jelas beliau melalui kenyataan Media, sebentar tadi.

Katanya lagi, amatlah wajar jika MASAC juga diberikan peruntukan untuk menjalankan perkhidmatan sebagai alternatif serta menampung kekurangan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

Disamping itu ujarnya lagi, MASAC memohon kerjasama agar pihak GLC dan Syarikat Korporat diminta untuk bersama membantu dalam isu ini sama ada dalam bentuk penajaan atau “Matching Grant”.

“MASAC menjalankan program rawatan dan pemulihan penagihan dadah, penjagaan lanjutan, program aktiviti pencegahan, pemerkasaan, latihan dan pembangunan serta penyelidikan,

“Setiap bulan kami memerlukan perbelanjaan sebanyak RM17,500 untuk melaksanakan program,” katanya lagi.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden Pengasih Malaysia, Tuan Hj Ramli Samad dan Setiausaha Agung MASAC, YM Raja Azizan Suhaimi bin Raja Abd Latiff.

Tambahnya lagi, MASAC adalah satu Majlis yang merangkumi badan gabungan 43 NGO yang meliputi lebih 40,000 pemegang taruh dalam perkhidmatan penyalahgunaan bahan terlarang (dadah).

“MASAC tidak berorientasikan keuntungan, memberikan perkhidmatan atas dasar kasih sayang serta ehsan kemanusiaan tanpa prejudis atau diskriminasi,” tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat