Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu.

Dalam catatan di Facebooknya hari ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkongsi aktiviti
turun ke laut bertujuan mengempur kapal korek pasir dan bot pukat tunda haram.

Menurut Syed Saddiq aktiviti haram itu dikatakan menjejaskan periuk nasi nelayan di Muar.

“Turun laut nak gempur kapal korek pasir dan bot pukat tunda haram.

“Jangan kacau periuk nasi Nelayan Muar! catat beliau.

Daripada perkongsian foto berkenaan, ramai warganet meninggalkan komen bertanya mengapa menaiki bot yang memacak bendera Barisan Nasional (BN).

Syed Saddiq yang kini pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memberitahu ramai bertanya kenapa beliau naik bot ada bendera BN?

“Saya tiada masalah kerjasama dengan nelayan yang sokong BN.

“Tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berkhidmat kepada semua, tidak kira parti.

“Saya akan berkhidmat kepada semua orang Muo (Muar), bukan sahaja penyokong saya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat