UMNO & PPBM: Nak Selesai Masalah, Perlu Mengaku Ada Masalah

- Advertisement -

APA yang berlaku antara UMNO dan parti serpihannya mutakhir ini, bukanlah permainan” politik” seperti yang dikatakan ramai orang, tapi ia sebenarnya proses untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian.

Soal kenapa ia harus berlaku semasa wabak atau tidak, itu bukan isu. Benda dah nak jadi, bukan kira bila. Bumi tak henti berputar hanya kerana Selangor saja yang kerap tidak ada air – contohlah ni.

Apatah lagi bila mekanisme yang menguruskan wabak di negara kita, terpisah langsung dari krisis politik yang sedang dibincangkan.

Apapun, prinsip asasnya, nak selesai masalah kena akui ada masalah dan inilah yang sedang dilakukan UMNO – mengakui adanya masalah bila pihak satu lagi buat-buat macam tidak ada apa-apa.

Tak nak jadi macam Pakatan dulu, di permukaan saja nampak tenang tapi di bawah, berperang tak habis-habis. Tahu-tahu letak jawatan dengan tak berbincang sesama sendiri, dan kerajaan yang diidam sejak berdekad lamanya pun akhirnya tumbang tak sampai 22 bulan.

Hakikatnya bukan senang nak bekerjasama dengan parti serpihan sendiri. Sebab itu tak nampak kesan sama berlaku pada PAS sebab kalau tempat PPBM itu diisi oleh PAN, PAS pun akan berhadapan dengan situasi yang serupa.

Dalam mengumumkan sudah bekerjasama, masing-masing sebenarnya bersaing, malah dalam sesetengah perkara seperti dilihat orang, berseteru. Kerjasama itu ada tapi tidak semudah yang dijangka semua orang. UMNO dan PPBM (terutamanya), perlu akui hakikat ini wujud atau sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai.

Justeru, proses rundingan politik ini perlu berjalan dan sementara itu diselesaikan, mana-mana pihak pun tidak boleh menuding jari kepada UMNO sebagai punca.

UMNO bersabar/berkorban cukup banyak dah sejak semua ini bermula. Dari soal ahli parlimen melompat, menyerah jawatan tertinggi untuk diisi orang parti dengan kerusi paling sikit – mengambil contoh di Perak, menang satu kerusi tapi dapat jadi Menteri Besar, dan sebagainya, takkanlah semua masalah berpunca dari UMNO lagi?

Kita pun baru diberitahu, sejak bekerjasama untuk membentuk kerajaan persekutuan, tidak ada hitam putih pun apa yang UMNO nak dari kerajaan ini, baru sekarang lah nak dibuat pun seperti dilaporkan media beberapa hari sudah.

Kalau ini bukan bukti UMNO sebuah parti yang tidak gilakan kuasa, tak tahulah nak cakap apa.

Apa pun, ini bukan kerja mudah. Umpama janda yang diceraikan, atas sebab yang tak boleh dielak, bila dia nak kahwin semula dengan lelaki lain, kita pulak yang kena menguruskan.

Sulit dan sakit hati macam itu tapi benda dah jadi, perlulah diuruskan sebaiknya.

Noran Ahmad
Lukut

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat