‘Instafamous’ Jual Minyak Wangi Palsu, Raih Untung RM10,000 Sebulan

- Advertisement -

KAJANG – Kaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan hasil jualan minyak wangi pelbagai jenama antarabangsa tiruan.

Bagaimanapun, kegiatan seorang wanita yang juga ‘Instafamous’ itu terbongkar apabila anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu sebuah kondominium di Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, ketika serbuan pihaknya menemui kira-kira 1,000 botol minyak wangi tiruan di dalam rumah berkenaan.

“Siasatan mendapati individu wanita berusia 26 tahun itu menggunakan media sosial sebagai medium untuk membuat iklan jualan minyak wangi tiruan itu.

“Pemeriksaan juga menemui slip penghantaran barangan, set yang digunakan untuk siaran langsung dan kotak pembungkusan,” katanya ketika ditemui selepas serbuan itu.

Muhamad Zikril berkata, minyak wangi tiruan berkenaan dijual dengan harga RM150 hingga RM200 sebotol dengan mendakwa produk itu adalah tulen.

“Individu berkenaan mengaku mampu meraih keuntungan lebih RM10,000 sebulan hasil penjualan minyak wangi tiruan berkenaan,”katanya.

Menurutnya, wanita terbabit akan dirakam keterangan dan diberikan jaminan polis.

“Dia akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat