Mujahid Persoal Cadangan Genjatan Politik, Dakwa Ada Niat Buruk

- Advertisement -

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengambil sikap berhati-hati dengan cadangan supaya ahli politik melakukan gencatan politik sebagai usaha memikirkan penyelesaian terbaik bagi mensejahterakan rakyat.

Beliau berkata, cadangan itu secara zahirnya kelihatan jujur dan mudah mendapat simpati.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, jika diperhatikan secara mendalam terdapat niat buruk yang tersirat dan jika tidak didedahkan akan mengheret negara kepada keadaan lebih buruk.

“Kerajaan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebenarnya mahu menutup kelemahan cara kerajaannya mengendalikan krisis Covid-19. Dalam proses itu, mengeksploitasikan Covid-19 sebagai talian hayatnya untuk kekal berkuasa. Justeru, Covid-19 sangat mudah menjadi alasan politik beliau untuk menagih simpati kerana kelemahannya.

“Muhyiddin menafikan potensi membentuk sebuah kerajaan selain Perikatan Nasional (PN) yang lebih baik dan efisien untuk mengendalikan keadaan. Lantas beliau mendedahkan rakyat kepada risiko tinggi yang terpaksa ditanggung hanya kerana alasan berhenti dari berpolitik waktu ini. Niat sebenarnya adalah untuk kekal berkuasa dan menafikan kepentingan lebih besar untuk melihat siapa lebih baik untuk menjaga negara,” katanya.

Menurutnya, kerajaan PN mahu menutup episod ‘tebuk atap’ yang pada hakikatnya menjadi punca kepada segala kecelakaan politik yang berlaku hari ini.

“Muhyiddin membentuk PN atas pembelotan kepada mandat asal Pakatan Harapan (PH) sehingga menyebabkan kepercayaan sebahagian rakyat kepada entiti kerajaan terjejas teruk,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pihak yang mahukan gencatan politik adalah mereka yang merelakan demokrasi dilanggar.

“Relakah kita untuk rehat seketika (gencatan politik) jika Muhyiddin dan kerajaan PN terus menerus menodai demokrasi untuk mengekalkan pembelotannya tempoh hari semasa Langkah Sheraton?

“Semua pihak yang insaf jika memahami fundamental demokrasi bernegara akan bersetuju dengan saya bahawa tindakan dan langkah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan 91 ahli Parlimen bersamanya adalah untuk menyeru rakan-rakan wakil rakyat yang lain agar menjadi tanggungjawab kita untuk kembalikan demokrasi supaya kerajaan bermandat dan berwibawa dapat dibentuk dan supaya sama-sama kita mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Justeru, Mujahid menggesa semua pihak melupakan soal kepartian, sebaliknya fokus kepada pemeliharaan demokrasi dan menolak pembelot yang merosakkan asas penting itu.

“Hanya kepada anggota Parlimen yang sedia ada langkah pemulihan demokrasi dapat digerakkan buat masa ini.

“Kita perlu perbetulkan kerosakan ini melalui politik kerana Muhyiddin telah melanggar prinsip ini secara politik juga dan semasa Covid-19 telah menular.

“Jika demokrasi terpelihara, maka sihatlah kerajaan. Dengan kata lain, kewibawaan kerajaan bergantung kepada sejauh mana asas demokrasi terjamin dan terpelihara,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat