Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

- Advertisement -

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Bekas Pengerusi tentera siber Warisan yang kini hangat berkempen untuk Barisan Nasional (BN), Rapahi Idris sanggup mengorbankan masa depannya demi membela nasib pelajar dan sekolah daif di Sabah.

Jiwa seorang bekas guru yang telah berbakti selama 26 tahun itu bagaikan dirobek apabila menyaksikan Warisan tidak bersungguh-sungguh membela nasib 560 sekolah daif di negeri itu bahkan sekadar mengadakan lawatan dan menyalahkan kerajaan terdahulu tanpa memikirkan solusi.

 

Selama 26 bulan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan mengemudi Sabah, Rapahi dilantik sebagai Setiausaha Politik, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, beliau akui terkilan dengan pendirian kerajaan negeri yang menabur janji palsu kepada rakyat.

“Saya mengambil keputusan keluar Warisan dan berhenti mengendalikan Biro Penerangan Sabah dua hari lalu atas kapasiti rakyat Sabah yang tertipu dengan omong kosong kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

“Kebetulan saya bekas guru yang mengajar 26 tahun dan dilantik sebagai setiausaha politik di bawah Kementerian Pelajaran dan Inovasi.

“Kami melawat ke sekolah-sekolah seluruh Sabah dan kita dapati ada 560 buah sekolah daif dan kita bercadang untuk baiki semua tetapi atas kapasiti kerajaan negeri Sabah yang tidak ‘ngam’ dengan Persekutuan perkara- perkara ini kita tidak dapat laksanakan jadi bagaimana keadaan rakyat Sabah, pelajar Sabah sekiranya perkara ini berlarutan? Soal Rapahi.

Tegasnya, kerajaan Warisan cuma mengadakan lawatan kemudian mengumumkan bantuan namun, tidak ada sekolah daif pun dibaiki sepanjang 26 bulan mentadbir negeri.

“Apa yang mereka bikin? Saya mengiringi menteri siang malam apa dia buat? Melawat saja. Jangan asyik salahkan kerajaan dulu kita kerajaan kitalah buat, mengapa mahu salahkan orang lain?

“Sebab kami pernah melawat sekolah di Pulau Banggi. Asrama tiada pintu, tiada tingkap ,tiada tilam mahukah kita perkara ini terus berlanjutan? Kalau kita masih dengan Warisan, perkara ini akan berterusan kerana Warisan tidak bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Jadi saya mengambil sikap berani ini dan mempertaruhkan masa depan saya demi melihat pendidikan di Sabah ini diangkat. Apabila kita memilih BN kita sebulu dengan kerajaan Persekutuan maka peruntukan dapat turun dan masalah-masalah ini meskipun tidaklah tuntas 100 peratus tapi dapat dilakukan dalam tempoh setahun, dua tahun,” jelas Rapahi yang sebelum ini bertugas menjawab tohmahan terhadap kerajaan Warisan.

Selain beliau, bekas Setiausaha Politik di Kementerian Undang-undang Hal Ehwal Anak Negeri, Faizal Julaili yang juga angkat kaki meninggalkan Warisan sehari sebelum penamaan calon turut mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

“Saya sebenarnya saya selaku bekas setiusaha politik sepatutnya dulu kami yang memperjuangkan parti sehingga menang Sabah.

“Tetapi apabila kita telah sama-sama dalam parti selama dua tahun lebih, Warisan tidak seperti apa yang kita harapkan dan juga tidak seperti apa yang rakyat harapkan,” katanya.

Faizal juga berjanji akan menarik seramai mungkin penyokongnya untuk kembali semula menyokong BN sekali gus memberi mandat kepada Gagasan
Rakyat Sabah (GRS) mengembalikan pembangunan di negeri bawah bayu itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat