Penceramah pro rejim Zionis: KDN perlu ambil tanggungjawab penuh – Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil tanggungjawab penuh berhubung isu penceramah jemputan dari Amerika Syarikat, Dr. Bruce Gilley menjadi panel di Universiti Malaya (UM).

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, individu yang sarat dengan naratif pro-Zionis tersebut sepatutnya disenaraihitamkan daripada masuk ke negara ini.

Jelasnya, meskipun isu itu mendapat perhatian dan respon pantas daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) namun ia tidak memadai tanpa tindakan tegas kerajaan.

Tambah beliau, kerajaan perlu tegas dalam menangani isu itu dan pihak yang dipertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu lebih efisyen.

“Sila gunakan Akta Imigresen yang membenarkan Pengarah Imigresen atau menteri untuk memastikan menyenaraihitamkan Bruce Gilley dan mana-mana lagi advokat Israel dihalang secara tetap daripada memasuki Malaysia. Isu Bruce Gilley di UM ini bukannya main-main. Ini isu yang penting.

“Bagaimana mungkin seorang yang yang saya labelkan ketuanan ‘Mat Salleh’ datang ke negara kita mengajar kita tentang bagaimana kita nak berinteraksi dalam isu Palestin dan Israel, ini amat tidak betul dan kita mesti hantar mesej yang jelas.

“Mesej-mesej daripada Malaysia sebelum ini mudah iaitu negara yang berpegang kepada prinsip teguh undang-undang kedaulatan menetap dalam negeri dan sebagainya,” katanya menerusi kenyataan, lapor MG.

UM menerima kecaman hebat orang awam kerana membenarkan ahli akademik itu menyebarkan propaganda zionis dan menuduh ahli politik pro-Palestin di Malaysia menyebarkan kebencian terhadap orang Yahudi.

Bagaimanapun universiti tersebut membuat permohonan maaf dan kesal terhadap insiden tersebut berikutan arahan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir agar universiti itu disiasat.

Menurut Muhammad Rafique, selain itu Wisma Putra juga perlu mengambil peranan dengan menghantar mesej yang jelas mengenai pendirian Malaysia yang tidak berkompromi dengan individu seperti Bruce Gilley.

Sementara itu, beliau berkata, pentadbiran UM perlu memberi penjelasan konkrit berhubung jemputan terhadap Bruce.

“Wisma Putra kena keluarkan arahan keras berkenaan hal ini. Wisma Putra mempunyai tanggungjawab untuk menghantar mesej ini kepada kedutaan-kedutaan kita di negara-negara barat untuk menjelaskan perkara ini dan Menteri Dalam Negeri mesti juga bertindak berani senaraihitamkan Bruce Gilley dan yang lain sepertinya.

“Isu ini tidak harus berhenti di sini. Adakah kita rasa cukup sekadar beliau di ciapan X mengatakan telah meninggalkan negara ini dan tidak akan kembali kerana rasa tidak selamat,” uajrnya.

Muhammad Rafique berkata, kini persaalan yang timbul ialah mengapa Gilley dijemput dan siapa yang mengatur program beliau di UM

Katanya, pihak berkepentingan di UM dan Pejabat Vise Canselor harus dipanggil dan diminta memberi penjelasan.

Katanya, Malaysia perlu berani dan tegas dalam membuktikan suara penentangan terhadap rejim zionis Israel selama ini selari dengan tindakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat