MT UMNO, Razlan Rafii Dilaporkan Positif Covid-19 Kata Sumber

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dilaporkan positif Covid19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, Razlan kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Setakat ini, keadaan masin terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital sebentar tadi bagi dikurantinkan bagi mendapatkan rawatan,” kata sumber itu ringkas.

Sumber turut menjelaskan semua kontak rapat Razlan juga telah diminta untuk melakukan ujian swap bagi mengelakkan sebarang penularan.

Terdahulu Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada laporan rasmi yang diterima setakat ini.

Bagaimanapun tegasnya, jika ia benar dan didapati positif, individu itu perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya.

“Saya belum dapat laporan lagi mengenai hal itu. Jika ada, perlu dirawat sehingga pulih sebelum pulang ke Semenanjung.

“Sebab itu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Ismail turut menegaskan Jawatan kuasa Kabinet akan membincangkan isu keselamatan dan kesihatan di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Selasa depan.

“Susulan peningkatan kes di Sabah menjelang PRN, isu itu akan turut dimasukkan dalam mesyuarat berkenaan, Selasa ini,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Ziarah Kasih di kawasan Sekong, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang lain, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata pelawat dari daerah tertentu di Sabah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan lebih ketat ketika memasuki Labuan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Beliau berkata, bergantung pada sejarah perjalanan mereka, pelawat yang meninggalkan Labuan lebih daripada 3 hari mungkin perlu menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Labuan dan terminal feri.

“Mereka yang pulang ke Labuan selepas berada di Lahad Datu dan Tawau sekurang-kurangnya 3 hari wajib menjalani ujian swab,” kata beliau.

“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) normal untuk mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan yang mempunyai peningkatan kes Covid-19,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan terdapat peningkatan perjalanan antara Labuan dan Sabah sejak kempen pilihan raya negeri Sabah ke -16 bermula 12 September lepas .

Hari mengundi ditetapkan pada 26 Sept ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat