Tentera Udara AS Mungkin Secara Tidak Sengaja Menunjukkan Minat Terhadap Senjata Nuklear Hipersonik

- Advertisement -

WASHINGTON – Tentera Udara A.S. telah mengeluarkan, dan secara senyap-senyap menarik balik, permintaan untuk industri pertahanan negara itu agar mencari teknologi yang akan menyokong kenderaan pelancar hipersonik yang mampu melintasi jarak antara benua – secara tidak langsung, menandakan minat tentera terhadap senjata nuklear hipersonik.

Menurut permintaan bertarikh 12 Ogos tersebut, yang pertama kali dilaporkan oleh majalah Aviation Week, Pusat Senjata Nuklear Tentera Udara sedang mencari idea untuk kononnya meningkatkan potensi peluru berpandu balistik antarabenua, termasuk “sistem perlindungan termal yang dapat menyokong pelancaran senjata hipersonik ke jarak ICBM.”

Senaraikan peralatan yang dicari, jelas menjurus kepada peningkatan potensi senjata ICBM ke tahap hipersonik, telah ditandakan sebagai “tidak diklasifikasikan / hanya untuk penggunaan rasmi,” yang mencatat maklumat – walaupun bukan rahsia tapi biasanya tidak dikeluarkan kepada umum.

Ia bagaimanapun sudah cukup menunjukkan niat Tentera Udara AS sebenarnya, iaitu meningkatkan keupayaan senjata ICBM mereka, ke tahap hipersonik.

Maka tidak hairan kenapa selepas itu, RFI berkenaan ditarik setelah media berkaitan pertahanan, Aviation Week mula bertanya mengenainya, kata laporan itu.

Ditanya mengenai RFI tersebut semalam, Leftenan Jeneral Richard Clark, timbalan ketua staf Tentera Udara untuk pencegahan strategik dan integrasi nuklear, mengatakan ICBM generasi akan datang – yang dikenali sebagai Pencegah Strategik Berasaskan Darat – tidak akan dibina sebagai varian hipersonik ketika dilancarkan pada akhir tahun 2020-an nanti.

Minat ini dipercayai untuk menyaingi keupayaan senjata supersonik yang telah pun dimiliki Rusia.

Rusia pada bulan lepas, telah mengumumkan kejayaan ujian senjata hipersonik mereka, dikenali sebagai 3M22 Zircon yang turut mempunyai keupayaan membawa kepala peledak nuklear – Defense News

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat