Johor Datang Dengan Pelbagai Pakej, Tawar “Cabaran & Pengalaman Tersendiri” – Ayob Khan

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

CYBERJAYA - Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus. Menurut...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....

JOHOR BAHRU – “Johor datang dengan pelbagai pakej”. Begitu jawapan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditanya mengenai cabaran beliau memimpin Kontinjen Johor dalam menjaga keamanan dan mengekang penularan pelbagai aktiviti jenayah di selatan tanah air.

Selain tugas hakiki beliau dalam menangani isu jenayah, beberapa isu yang menjadikan Johor “unik” dari segi cabaran yang dihadapi turut disentuh termasuk landskap geografi tersendiri berbanding negeri-negeri lain selain isu-isu yang turut berkait rapat dengan hubungan dua hala dengan dua negara jiran.

“Di Johor, kita ada kawasan persisiran pantai yang luas, keseluruhan Pantai Timur dan Pantai Barat saya rasa kita ada kira-kira 530 kilometer. Bila ada kawasan pantai yang luas, kita ada banyak isu. Isu penyeludupan manusia, penyeludupan barang-barang kontraban – rokok, arak dan sebagainya.

Selain itu, kita juga bersempadan dengan dua negara Indonesia dan Singapura, jadi adalah isu-isu berkaitan bilateral (hubungan dua hala) yang melibatkan Johor dan dua negara berkenaan,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif, baru-baru ini.

Meskipun baru masuk bulan kelima beliau memegang jawatan itu, pelbagai pencapaian telah dicapai dengan yang terbesar sekali tertumpasnya sebuah rantaian sindiket penyeludupan migran asing “Geng Otong” di perairan Timur Johor.

Ia sekali gus membawa kepada pendakwaan terbesar dalam sejarah iaitu 51 anggota sindiket pada 2 Julai lepas.

Ketika ditanya apa strategi beliau dalam menangani isu yang sememangnya “berpuluh-puluh tahun” sukar dipatahkan, beliau bukan seorang yang suka mendabik dada dan tidak lupa mendedikasikan usaha dan kejayaan itu kepada seluruh anak buahnya terutama pegawai kanan — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Johor SAC Md Yusof Ahmad.

“Saya mempunyai satu pasukan yang amat mantap. Saya boleh katakan 95 peratus pegawai dan anggota saya berdedikasi, komited, berintegriti dan memberi sokongan padu kepada semua misi dan arahan-arahan yang saya berikan.

Satu contoh pegawai yang baik dan selalu saya jelaskan dan berkongsi dengan pihak media adalah SAC Md Yusof Ahmad.

Beliau seorang yang berpengalaman dan dalam konteks menangani isu-isu jenayah dan migran ni, beliaulah penggerak utama dalam negeri Johor dan dengan kepakaran dan komitmen beliau dan pegawai serta anggota bawahan, kita banyak melancarkan operasi-operasi ke atas migran,” kata ketua polis negeri berusia 54 tahun itu.

Tambahnya lagi, Polis Kontinjen Johor turut merintis “formula baru” dalam membanteras jenayah penyeludupan migran ini dengan memastikan siasatan ke atas keseluruhan rantaian sindiket mengguna pakai prosedur siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang kini turut diikuti oleh negeri-negeri lain.

Anak kelahiran Pendang, Kedah itu, sememangnya wajah yang tidak asing lagi dan seringkali namanya meniti di bibir masyarakat terutama dengan ketegasannya dalam membasmi aktiviti jenayah dan yang lebih terserlah lagi bila menyentuh mengenai integriti kepolisian yang sangat dekat dengan hati beliau.

“Sebagai Ketua Polis Johor, dari hari pertama saya di Johor, saya sudah tegaskan isu integriti ini saya tidak akan bertolak ansur. Saya sudah cakap dari awal lagi, sebarang pelanggaran tatatertib, bersekongkol dengan elemen-elemen jenayah, saya akan tangkap.

Saya tidak akan mengambil tindakan di bawah siasatan dalaman. Saya tidak akan serahkan kepada Jabatan Integriti dan (Pematuhan) Standard yang biasa dibuat. Saya akan tangkap. Kalau ambil rasuah, saya akan tangkap!,” tegas beliau yang mula memimpin Kontinjen Johor sejak akhir Februari, tahun ini.

Ini dibuktikan dengan penahanan seramai 23 pegawai dan anggota penguat kuasa dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan migran di pantai timur Johor setakat 3 Julai lepas.

Aktiviti penyeludupan migran di Pantai Timur Johor iaitu merangkumi Daerah Mersing dan Kota Tinggi kini sudah 95 peratus berjaya dipatahkan.

Tumpuan beliau seterusnya adalah untuk memastikan usaha mengekang penyeludupan migran dapat dipatahkan di kawasan Pantai Barat Johor pula.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....