Pantai Timur ‘paru-paru’ Malaysia – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS memaklumkan Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah paru-paru negara.

Hal ini memandangkan hanya tiga
negeri ini sahaja yang memiliki kawasan berhutan lebih 50 peratus daripada keluasan negeri bagi Semenanjung Malaysia.

“Negeri manakah yang menjadi paru-paru kepada negara? Dengan melihat kepada data hingga 31 Disember 2020, boleh dikatakan bahawa Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah paru-paru kepada negara selain Sabah dan Sarawak.

“Kawasan berhutan paling luas adalah di Pahang iaitu 56.05 peratus dengan 42.98 peratus hutan simpan kekal (HSK),” kata PAS dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut PAS, Terengganu yang mempunyai kawasan berhutan 52.17 peratus dengan 41.65 peratus hutan simpan kekal (HSK) .

“Manakala kawasan berhutan Kelantan adalah 51.01 peratus dengan hutan simpan kekal (HSK) 41.88 peratus.

“Perak pula mempunyai HSK paling luas iaitu 46.70 peratus dan kawasan berhutan seluas 47.79 peratus.

“Kerana itu tuan-tuan, jangan percaya pada persepsi, percayalah pada data dan fakta,” tempelak PAS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat