Kedah Bukan Musuh Putrajaya – Muslimat PAS Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Noor untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan isu nilai pajakan Pulau Pinang serta projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) melalui tiga pucuk surat rasmi yang digambarkan sebagai biadab.

“Itu adalah bahan bukti sejarah bahawa Anwar tidak adil kepada negeri dan rakyat Kedah dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia,” dakwa Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Mardhiyyah Johari.

Beliau malah mendakwa Anwar dilihat sangat terganggu dengan saingan politik yang diberikan oleh Sanusi yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN).

“Kegagalan Perdana Menteri untuk memberikan fokus dalam melaksanakan fungsi Perdana Menteri serta Menteri Kewangan Malaysia secara profesional adalah bukti yang nyata Anwar hilang pertimbangan untuk membezakan antara seteru politik kepartian dan tanggungjawab sebagai pentadbir negara.

“Berkali-kali Sanusi menegaskan bahawa perbezaan pendirian politik serta isu saman antara beliau dengan Perdana Menteri adalah hal peribadi dan bersifat hubungan antara parti politik dengan parti politik yang lain.

“Perkara ini tidak sepatutnya menjejaskan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan sehingga memangsakan rakyat dan masa depan negeri Kedah,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Mardhiyyah turut mendakwa tindakan Anwar yang lemah akal budi ini sangat bercanggah dengan salah satu nilai Madani iaitu, “Hormat: Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia”.

“Sikap serta budaya politik lapuk Perdana Menteri ini akan menjadikan PH serta BN berada dalam zon krisis ‘defisit kepercayaan’ khususnya dalam kalangan anak muda yang terdedah kepada akses maklumat yang pantas serta tanpa sempadan.

“Perdana Menteri perlu akur dan tundukkan ego bahawa hasrat Sultan Kedah dan Menteri Besar Kedah dalam isu nilai pajakan Pulau Pinang dan projek KXP ini adalah semata-mata demi kepentingan masa depan negeri dan rakyat Kedah.

“Titah DYMM Sultan Kedah dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-81, menyebut “Amatlah rugi sekiranya projek pembangunan ini tidak dilaksanakan hanya disebabkan oleh perbezaan pandangan dan pemahaman politik antara pemimpin-pemimpin di peringkat negeri dan Persekutuan.” katanya lagi.

Justeru, beliau menggesa agar Perdana Menteri segera memperbetulkan keadaan yang yang tidak teratur ini terutamanya dalam perkara yang melibatkan konsep feudalisme antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat