KPDN sita 1,134 unit coklat antisawit di Labuan

- Advertisement -

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menyita 1,134 unit coklat bernilai RM23,704 di dua premis berbeza, di sini, semalam.

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook KPDN Labuan, pemeriksaan itu dijalankan di premis-premis kawasan bandar.

“Serbuan itu dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Labuan selepas mengesan pasar raya yang menjual produk makanan (coklat) menggunakan ungkapan ‘No Palm Oil’ atau Palm Oil Free’.

“Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit Dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022.

“Sekiranya sabit kesalahan, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Tindakan tegas diambil terhadap peruncit, pemborong dan pengimport yang menjual, mengedar atau mengimport produk memboikot produk kelapa sawit.

Ia susulan kempen boikot produk kelapa sawit yang dilaksanakan dengan agresif di luar negara. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat