Husam Gesa Kelantan Ambil Tindakan Tegas Kes Kecurian Balak Di Hutan Simpan

- Advertisement -

GUA MUSANG – Save Kelantan menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan tegas termasuk menyenarai hitam syarikat yang terbabit dengan kecurian balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri.

Susulan pendedahan mengenai kecurian balak di HSK Nenggiri, baru-baru ini, oleh Pengerusinya, Datuk Husam Musa, Save Kelantan turun padang untuk melihat sendiri balak yang disita di matau, di sini, hari ini.

Husam berkata, kehadiran aktivis Save Kelantan ke matau bersebelahan Daulah Najah Sdn Bhd adalah bagi membuktikan sememangnya berlaku kecurian balak di HSK Nenggiri seperti didedahkan sebelum ini.

“Kita datang untuk mengesahkan memang ada kecurian balak. Saya tak tahu cara menganggarkan tetapi mengikut maklumat yang saya dapat, ini hanya satu daripada beberapa longgokan (balak). Ada lagi di dalam HSK Nenggiri di mana balak dikumpulkan dan itu belum dinilai.

“Berapa jumlahnya, di sini, setengahnya nilai ada lebih kurang RM5 juta dan mungkin kalau dicampur kesemua sekali jumlahnya adalah RM8 juta. Satu jumlah yang agak banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Betis, di sini, hari ini.

Husam berkata, hasil pemerhatiannya terdapat 43 longgokan balak di matau terbabit yang disita.

“Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia masih dalam proses siasatan dan apa yang penting ialah kerajaan negeri, selain mengakui adanya kejadian kecurian, cari siapa pencuri sebenar.

“Sampai hari ini, kerajaan Kelantan tak memberikan penjelasan lanjut, seperti tidak mahu ambil tanggungjawablah. Jadi kami mewakili rakyat Kelantan berasa kesal, kerana jika dibiarkan seluruh kawasan itu akan dicerobohi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri, di sini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat