PAS Dakwa Tindakan UMNO Tanding Solo Akan Buka Peluang PH Berkuasa Di Perak

- Advertisement -

LARUT – Tindakan UMNO yang mahu bertanding secara secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyebabkan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) akan membuka peluang kepada PH kembali menguasai negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sekiranya UMNO tetap mahu bertanding solo, tidak mustahil PH akan menang pada PRU15.

“Matlamat Pas jelas, kita secara bersungguh-sungguh mahukan penyatuan parti-parti besar Melayu seperti UMNO, Pas dan Bersatu bergabung pada PRU-15 .

“Gabungan besar ini berupaya mengekang kemaraan DAP-PH daripada memenangi kerusi-kerusi di Perak dan daripada menjadi kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu peraih durian di Kampung Sempeneh di sini bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Batu Kurau hari ini.

Razman berkata, Pas menolak menyertai ‘khemah besar’ kerana di dalamnya terdapat DAP dan PKR.

Menurutnya, berdasarkan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Melaka dan Johor dan Pilihan Raya Negeri Sabah dan Sarawak, pengaruh besar PH hampir terkubur.

“Maka mereka telah mencari satu jalan dengan mempromosikan kepada parti -parti lain untuk menyertai ‘khemah besar ‘ bagi menghidupkan nyawa mereka kembali,” katanya.

Razman mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang berkata, Pas tidak pernah berputus asa untuk mempertahan dan menyelamatkan Muafakat Nasional (MN) yang kini seolah-olah ‘retak menanti belah’.

Bagaimanapun, sekiranya UMNO masih berkeras untuk bergerak solo pada PRU15, parti itu dan PN tidak ada pilihan selain terpaksa bertembung sesama sendiri. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat