Rakan Senegara Tumbuk dan Paksa Larikan Diri

- Advertisement -

BANDAR BAHARU – Dipaksa dan akan dipukul sekiranya enggan melarikan diri. Itu pengakuan seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berjaya dicekup selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, di sini.

Tahanan berkenaan yang lebam di muka mendakwa dia ditumbuk rakan senegaranya kerana enggan melarikan diri ketika rusuhan berlaku.

Selain mengalami kecederaan di muka, tahanan terbabit juga luka di kepala dipercayai terjatuh ketika melarikan diri dalam cuaca gelap.

Dia juga mendakwa mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan mereka yang membuat kecoh terdiri daripada tahanan yang tidak mempunyai kad terbabit.

“Mereka yang tidak mempunyai kad UNHCR ini bilangannya terlalu ramai dan memaksa kami yang memiliki kad sah supaya bersama melarikan diri.

“Jika, enggan kami akan dipukul dan dicederakan,” itu antara alasan diberikan tahanan berkenaan selepas berjaya ditahan sepasukan polis.

Dia bersama dua lagi tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu sebelum dihantar ke depot untuk tindakan lanjut.

Seorang lagi tahanan turut cedera kaki ketika melarikan diri dan mereka dikatakan bersembunyi dalam dusun durian sebelum dicekup polis.

Difahamkan, orang awam dan penduduk kampung turut memainkan peranan dengan memberikan maklumat sehingga terangkapnya tahanan terbabit. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat