HIJRAH24 Mampu Tingkatkan Aktiviti Perniagaan dan Pelaburan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – HIJRAH24 merupakan Pelan Transformasi Strategik Tabung Haji 2022-2024 bagi memacu organisasi untuk tiga tahun ke hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin, pelan ini mampu melonjakkan semula aktiviti perniagaan serta pelaburan Tabung Haji bagi memastikan kesinambungan dan kecemerlangannya secara berterusan.

Menurut beliau, sejak pandemik COVID-19, banyak syarikat serta perniagaan yang terkesan dan terpaksa melakukan perubahan drastik dalam struktur operasi syarikat masing-masing.

“Saya pasti Tabung Haji tidak terkecuali daripada berbuat demikian supaya terus kekal dan berwibawa selari dengan arus semasa.

“Saya difahamkan pelan ini merangkumi 24 inisiatif strategik untuk mencapai aspirasi TH, dengan tumpuan kepada pengukuhan struktur tadbir urus korporat, operasi serta didorong oleh inisiatif digitalisasi,” katanya pada Majlis Pelancaran Pelan HIJRAH24 di sini, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, melalui HIJRAH24, Tabung Haji menetapkan sasaran utama iaitu peningkatan saiz dana berjumlah RM100 bilion pada 2024.

Pelan itu katanya turut menyasarkan penambahan jumlah pendeposit meliputi lebih 50 peratus daripada penduduk Islam Malaysia.

“Pelan itu menyasarkan keuntungan boleh agih kepada pendeposit pada kadar melebihi 0.75 peratus daripada kadar pulangan Islamik.

“HIJRAH24 mahu memastikan peningkatan pengguna THiJARI melebihi 4 juta pengguna.

“Malah pelan itu menyasarkan Indeks Kepuasan Pelanggan melebihi 90 peratus dan Indeks Penglibatan Anggota melebihi 75 peratus.” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat