Biarlah Kuala Kubu Baharu menjadi ‘kenangan pahit’ buat PH-BN — Parameswaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia (GERAKAN), Datuk G. Parameswaran berkata jika Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei nanti ia membuktikan undi bukan Melayu terutamanya India sudah tidak menjadi deposit kepada Pakatan Harapan lagi.

Menurutnya, besar kemungkinan DAP sudah diambang kemusnahan ekoran daripada ketidakpuasan rakyat Malaysia terutamanya India pada pentabdiran Kerajaan Madani hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberi peruntukkan pilihanraya tetapi dalam tempoh dua tahun sebelum ini tidak ada peruntukkan diberikan.

“Ini sudah jelas mereka PH-BN ‘Pengecut’. Bagaimanapun kali ini pengundi India adalah ‘King Maker’ dan saya yakin PN akan merampas kerusi KKB kali ini.

“PRK KKB ujian potensi sokongan kaum India terhadap PN. Saya menjangkakan pengundi India terhadap kerajaan semakin merosot.

“Komuniti India cenderung kepada PN, sebahagiannya disebabkan kekecewaan mereka terhadap Anwar yang tidak menunaikan janjinya” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya selaku pemimpin tertinggi mewakili kaum India dalam GERAKAN, ia menjadi tanggungjawab pihaknya dalam menarik pengundi India 18 peratus di KKB.

“Saya mengajak pengundi India di KKB supaya memberi pengajaran kepada Kerajaan PHBN hari ini kerana berjanji tidak ditepati terutamanya melibatkan hak dan keistimewaan kaum India.

“Bercakap mengenai peruntukkan 5 juta, saya merasakan itu satu taktik kotor Kerajaan Madani. Kenapa perlu memberi peruntukkan semasa pilihanraya tetapi dalam tempoh dua tahun sebelum ini tidak ada peruntukkan.

“Rakyat Kuala Kubu Baharu perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaian itu ada pada Perikatan Nasional,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat