PASleak: Dokumen “sampah” macam tu ada orang percaya? – Naib Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengklasifikasikan dokumen minit mesyuarat yang didakwa mengandungi maklumat sulit berkenaan langkah terancang ‘menjatuhkan’ pemimpin UMNO sebagai “sampah.”

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu mengakui berasa hairan kerana ada pihak yang percaya bahawa dokumen tersebut sebagai sesuatu yang benar.

“Dokumen “sampah” macam itu pun ada orang percaya juga? Saya buat gelak saja benda tu.

“(Dokumen berkenaan) tak benar, entah datang daripada mana entah dokumen tu. Benda sampahlah bagi saya,” katanya memetik Malaysiakini di Kuala Terengganu pada Rabu.

Samsuri berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dokumen digelar PASleak dan menarik perhatian beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru mereka menunggu sebarang penafian dibuat oleh PAS..

Antara lain dokumen itu mendakwa ada cubaan dibuat agar Zahid dan Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan segera.

Untuk rekod Ahmad Zahid sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, manakala Najib sudah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rayuannya di Mahkamah Rayuan juga ditolak oleh hakim. Kes berkenaan kini dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Mengulas lanjut Samsuri berkata memang ada pertemuan berlangsung di antara beberapa nama yang disebut dalam dokumen berkenaan.

Namun katanya ia dibuat “atas kapasiti berbeza” serta “campur-campur.”

“Pertemuan itu ada, dan itu yang saya kata eja nama saya pun tak betul.

“Jadi pertemuan itu dalam kapasiti yang berbeza dan juga campur-campur. Dia (pihak yang membuat dokumen tersebut) tahu ada pertemuan ini, jadi dia buatlah naratif dia. Jadi, saya rasa tak ada kerja lainlah,” katanya.

Disoal sama ada PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung isu tersebut,Samsuri kelihatan keberatan untuk memilih langkah berkenaan.

“Kita pun tak tahu siapa yang sebarkan dan sebagainya. Proses undang-undang ini sebenarnya proses yang pada saya rumit juga, back and force kita nak ke mahkamah.

“Tak berbaloilah kalau kita nak layan. Kalau tidak kita ini tidak ada kerja, lainlah.

“Hari-hari nak kena buat laporan polis, pergi mahkamah. Kerana apa? Kerana orang duk tularka benda-benda yang tak betul ini,” tambahnya.

BACA:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat