PASleak: Nafikan jika tak benar, taktikal musnahkan UMNO, BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Susulan tersebarnya minit mesyuarat yang kononnya “PASleak” yang mendedahkan taktikal politik Perikatan Nasional (PN) merancang memusnahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Hal demikian, Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menuntut pimpinan PN segera tampil menafikan kebocoran maklumat sulit berkenaan.

“Segera memenjarakan Presiden dan bekas Presiden UMNO. Selain tindakan ke atas TImbalan Presiden UMNO.

“Menolak pindaan perlembagaan UMNO untuk pemilihan parti hanya selepas pilihan raya umum. Juga merancang MOU 2.0 bagi melambatkan PRU. Ini antara kandungan dokumen yang viral sejak kelmarin,” catat Shabery di Facebooknya pada Rabu.

Tegas beliau, oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.

“Wikileak ialah pendedahan dokumen-dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006.

“Apakah akan wujud “PASleak” pula kalau tidak ada penafian dari Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri DrAhmad Samsuri Mokhtar) sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?

“Tahun 2022 ada kod tersendiri. 2+0+2+2 = 6
Kalau di Terengganu, istilah “berat 6 6” ada makna yang besar,” bidas beliau.

Selain Shabery, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru yang juga veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berharap sebaran ini dinafikan jika ia tidak benar atau laporan polis dibuat.

“Tak susah nak cari kebenaran dalam perkara ini,” kata Shahrir.

Beberapa hari lalu, tersebar keratan minit mesyuarat termasuk strategi untuk menjatuhkan pimpinan UMNO.

Ini termasuk mempercepatkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga cuba mengaitkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan kluster mahkamah.

Dikatakan beberapa figura PN yang terkait dengan komplot ini ialah Naib Presiden PAS, Samsuri; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin termasuk beberapa individu lain.

 

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat