Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang mesyuarat FOMC AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga kekal dalam keadaan stabil susulan pembetulan pasaran berikutan kenaikan baru-baru ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 9.17 mata kepada 1,535.79 daripada paras penutup 1,544.96 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 0.10 mata kepada 1,545.06, bergerak antara paras 1,535.77 dan 1,546 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi dan kaunter untung mencatatkan jumlah yang sama pada 509, manakala 484 kaunter tidak berubah, 791 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.82 bilion unit bernilai RM2.66 bilion daripada 4.06 bilion unit bernilai RM3.09 bilion pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi dan Pengurus Dana Interpacific Asset Management, Datuk Dr Nazri Khan, memberitahu Bernama FBM KLCI susut ke paras fizikal 1,550 apabila tekanan jualan meningkat.

“Pasaran sedang berada dalam keadaan tanpa hala tuju sehingga ia mendapat petunjuk lebih jelas daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed),” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau ditutup kebanyakannya tinggi susulan petunjuk positif daripada Wall Street semalaman.

Bagaimapun kenaikan itu terhad apabila pasaran menunggu petunjuk seterusnya mengenai kadar faedah AS daripada mesyuarat FOMC malam ini.

“Di bursa tempatan, meskipun pasaran menjangkakan kenaikan mereda seketika selepas kenaikan kukuh minggu lepas, indeks itu mengekalkan kedudukannya di atas purata Exponential Moving Averages (EMA).

“Kami melihat ini sebagai satu pembetulan pasaran yang sihat kerana ia membolehkan pasaran mencerna kenaikan baru-baru ini dan menyediakan asas kukuh bagi aliran meningkat yang lebih mampan,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Pak Leng menjangkakan FBM KLCI berada dalam jajaran 1,540 hingga 1,560 bagi tempoh berbaki minggu ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun lapan sen kepada RM9.57, Public Bank susut empat sen kepada RM4.24, CIMB berkurangan 13 sen kepada RM6.48, Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM6.83 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.50.

Dalam kalangan kaunter cergas, Top Glove naik 6.5 sen kepada 86 sen, kedua-dua TWL dan MMAG meningkat setengah sen masing-masing kepada 3.5 sen dan 15.5 sen dan Velesto Energy tidak berubah pada 29 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 33.59 mata kepada 11,484.96 dan Indeks FBMT 100 susut 39.39 mata kepada 11,138.88.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 24.76 mata kepada 11,562.02, Indeks FBM 70 naik 55.78 mata kepada 15,806.15 dan Indeks FBM ACE menokok 21.92 mata kepada 4,773.01.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 15.97 mata kepada 7,294.73 dan Indeks Tenaga naik 11.26 mata kepada 936.67.

Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.11 mata kepada 177.24 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 157.20 mata kepada 17,124.18.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.07 bilion unit bernilai RM2.30 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM2.77 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 864.16 juta unit bernilai RM117.07 juta daripada 805.77 juta unit bernilai RM104.88 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 846.93 juta saham bernilai RM240.19 juta daripada 744.37 juta saham bernilai RM205.36 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 217.17 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (372.58 juta); pembinaan (214.95 juta); teknologi (215.88 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (84.30 juta); hartanah (388.78 juta); perladangan (36.69 juta); REITs (15.12 juta), dana tertutup (9,000); tenaga (198.48 juta); penjagaan kesihatan (146.92 juta); telekomunikasi dan media (48.22 juta); pengangkutan dan logistik (76.02 juta); dan utiliti (56.01 juta). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat