Kajian: 55.5 Peratus Anggap Maklumat Dalam Talian Kadang-Kadang Boleh Dipercayai

KUALA LUMPUR – Sebanyak 55.5 peratus rakyat Malaysia menyifatkan maklumat yang diperoleh di dalam talian kadang-kadang boleh dipercayai sementara 13.5 peratus lagi memilih untuk tidak percaya, menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI baru-baru ini.

Pusat kajian berkenaan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kaji selidik mengenai penerimaan dan kesediaan terhadap digitalisasi itu melibatkan seramai 827 responden di Malaysia dan margin kesalahan bagi saiz sampel berkenaan adalah tiga peratus.

Kaji selidik itu juga mendapati 44 peratus responden berpendapat penggunaan teknologi akan dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka manakala 37.4 peratus lagi berpendapat teknologi akan mengurangkan daya jana pendapatan dan hanya enam peratus responden lagi memilih teknologi tidak akan mengubah daya jana pendapatan mereka.

“Kaji selidik ini juga mendapati 40 peratus responden akui lebih produktif dengan penggunaan peranti elektronik manakala 46.4 peratus lagi mendakwa kadang kala mereka lebih produktif dan hanya 13.5 peratus menyifatkan produktiviti mereka tiada kena mengena dengan peranti elektronik,” kata pusat kajian itu.

Kaji selidik itu turut mendapati 43 peratus responden berpendapat teknologi baharu akan mengambil alih lebih banyak pekerjaan manala 38.6 peratus lagi berpendapat teknologi baharu akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Menurut pusat kajian itu keputusan kaji selidik berkenaan menunjukkan orang ramai tahu tentang kedatangan digitalisasi dan sudah bersedia serta mengalu-alukannya.

“Digitalisasi ini walaupun bagus tetapi pada akhirnya orang ramai terpaksa menerima maklumat yang terlalu banyak setiap hari, oleh itu, mereka perlu sesuaikan diri dan belajar untuk menapis maklumat,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...