Treler Pulau hanya satu minit daripada filem

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Pulau, Pulau, Fred Chong meminta persoalan mengenai kelulusan treler filem seram itu yang mencetuskan kontroversi dirujuk kepada Lembaga Penapis Filem (LPF).

Chong mempertahankan syarikat tidak akan menayangkan treler itu sewenang-wenangnya tanpa kelulusan badan berkenaan.

“Tidak ada niat untuk kami menyinggung mana-mana pihak.

“Sebaliknya, semua bahan promosi seperti treler, poster dan filem sudah melalui proses pemerhatian lanjut LPF termasuk senarai wajib tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Malah, kami sudah patuh babak sepatutnya (ditayangkan) dan syarikat yakin dengan ketelusan proses dan tahap profesionalisme LPF serta kami hormati keputusan lembaga itu,” katanya kepada BH Online.

Tambah Chong lagi, apa yang dipaparkan dalam treler terbabit hanyalah satu peratus daripada keseluruhan filem.

Justeru, Chong berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem berkenaan yang bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

 

Chong mempertahankan syarikat tidak akan menayangkan treler itu sewenang-wenangnya tanpa kelulusan LPF.
Chong mempertahankan syarikat tidak akan menayangkan treler itu sewenang-wenangnya tanpa kelulusan LPF.

 

Filem Pulau dibintangi Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong dan Harris Anuar.

Turut beraksi, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Filem Pulau diterbitkan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio dan diarah Euho.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, LPF mengklasifikasikan filem Pulau sebagai naskhah seram, bukannya filem porno seperti digembar-gemburkan.

LPF menjelaskan wujud perbezaan antara kandungan trailer filem Pulau yang dikongsi dalam media sosial dengan kandungan dikemukakan untuk tapisan kepada lembaga itu.

“LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan tapisan filem seperti ditetapkan dalam garis panduan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, BH melaporkan, sebaik treler filem Pulau yang mengisahkan kembara sekumpulan anak muda ke sebuah pulau berhantu dimuat naik di YouTube, laman sembang kecoh dengan kritikan netizen yang mempersoalkan bagaimana naskhah itu lulus tayangan pawagam.

Rata-rata netizen terkejut dengan paparan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini dan adegan intim ala Hollywood, malah ada yang mengklasifikasikan naskhah terbabit sebagai ‘soft porn’ yang dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan nilai moral bagi filem.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat