Tiada salah laku YTL dalam projek RM4 billion 1BestariNet – SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan YTL Communications Sdn Bhd daripada sebarang salah laku dalam siasatannya terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.

“Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima pengesahan daripada SPRM bahawa ia telah menyelesaikan siasatannya dan menentukan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Communications,” demikian menurut YTL Power International Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Pada 4 September lalu, dilaporkan bahawa SPRM menyerbu pejabat YTL Communications di Kuala Lumpur serta sebuah pejabat kerajaan sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap projek 1BestariNet.

Sumber SPRM dipetik sebagai berkata, siasatan tertumpu kepada dakwaan membabitkan butiran palsu berkaitan pembayaran RM2.7 bilion, serta unsur jenayah lain di bawah Akta SPRM 2009.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat