BUKIT SABAN – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Bukit Saban tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Douglas Uggah, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), merupakan satu-satunya calon bagi kerusi itu selepas proses penamaan calon selesai hari ini.
Kemenangan itu memberinya penggal ketiga berturut-turut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban. Beliau pertama kali memenangi kerusi itu pada PRN 2016 selepas berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Betong selama tujuh penggal sejak 1986.
Pada PRN 2021, Douglas Uggah mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 3,988 undi. DUN Bukit Saban mempunyai 13,493 pengundi berdaftar bagi PRN kali ini.



