Rosmah dilepas dan dibebaskan pertuduhan gubah wang haram, gagal isytihar pendapatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Mahkamah Tinggi.

Rosmah dalam permohonannya sebelum ini berhujah, kualiti hidupnya terjejas akibat ketidakadilan prosedur dalam kes itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan semua tuduhan adalah sah di sisi undang-undang dan mengandungi maklumat mencukupi untuk memaklumkan tertuduh mengenai kesalahan yang didakwa, sekali gus membolehkan beliau menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

Pada 23 Ogos lalu, peguam mewakili Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan, kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, turut bersetuju tetapi menyatakan proses dokumentasi masih pada peringkat akhir sebelum perintah mahkamah dapat diteruskan, lapor BH pada Khamis.

Pada 13 Disember tahun lalu, Rosmah mengemukakan tiga surat representasi untuk menggugurkan tuduhan berkenaan. Representasi biasanya dilakukan untuk memohon penarikan balik atau pengurangan pertuduhan terhadap tertuduh.

Rosmah sebelum ini mengemukakan dua permohonan seumpamanya, masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos, yang belum diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Oktober 2018 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Rosmah menghadapi 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat