PRN Sarawak: Abdul Karim kekal di Asajaya, menang tanpa bertanding

ASAJAYA – Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Asajaya tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 hari ini.

Abdul Karim, yang mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), merupakan satu-satunya calon yang mengemukakan kertas pencalonan bagi kerusi itu. Beliau diumumkan sebagai pemenang selepas proses penamaan calon ditutup.

Kemenangan itu memberi Abdul Karim penggal keenam berturut-turut sebagai ADUN Asajaya. Ini kali pertama beliau menang tanpa bertanding sejak mula mewakili kawasan itu pada 2001.

Abdul Karim juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Pada PRN Sarawak 2021, beliau memenangi kerusi Asajaya dengan majoriti 4,531 undi. DUN Asajaya mempunyai 19,496 pengundi berdaftar bagi PRN kali ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat