Dua Ahli Parlimen Bekas PKR Bakal Tubuh Parti Baru

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilaporkan kini dalam usaha menubuhkan sebuah parti politik baru yang dinamakan Parti Bangsa Malaysia.

Kedua-duanya merupakan bekas pemimpin PKR yang mengisytiharkan keluar parti itu pada Februari tahun ini, kemudiannya menjadi Bebas yang mesra kepada Perikatan Nasional (PN).

Steven Choong dalam laporan Malaysiakini berkata parti politik baru itu merupakan parti pelbagai kaum.

“Penekanan adalah berkenaan wanita dan golongan muda, di mana kami akan memberikan mereka peranan utama dalam semua perkara,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Tebrau itu lagi, inisiatif penubuhan parti itu diusahakan bersama-sama Larry Sng – Ahli Parlimen Julau.

Bagaimanapun menurut Steven Choong, parti itu tidak akan melibatkan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Mereka tidak terlibat… Ini diusahakan kami berdua. Pastinya kami mengundang sesiapa sahaja yang berminat atau memiliki ideologi sama dengan kami.

“Tetapi kami tidak akan pergi berjumpa dan mengajak orang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, satu laporan dipetik dari FMT hari ini mendakwa Zuraida yang kini adalah Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu juga dalam usaha menubuhkan sebuah parti baru.

Zuraida bersama beberapa Ahli Parlimen lain dijangka melancarkan parti itu bulan hadapan, kata laporan tersebut.

“Seorang Ahli Parlimen bebas memberi kebenaran untuk nama parti beliau diubah untuk menarik sokongan yang lebih meluas.

“Kami perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk ubah nama,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, beberapa wakil rakyat bebas dan mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti masing-masing dijangka menyatakan sokongan kepada Zuraida.

Katanya, dijangka Zuraida akan menerajui parti itu dan “kami yakin beliau akan meraih sokongan rakyat.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat