Protes Thailand: Pelampung Itik Jadi Pelindung Meriam Air

BANGKOK: Pelampung itik berwarna kuning menjadi tumpuan protes di Bangkok, pada Rabu apabila ia digunakan sebagai pelindung terhadap semburan meriam air dan gas pemedih mata oleh pihak polis.

Terdahulu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di luar ibu pejabat polis, di sini, pada Rabu bagi meneruskan demonstrasi menentang kerajaan.

Reuters melaporkan, seorang peserta protes berkata, mereka terpaksa menggunakan pelampung itu sebagai penghalang daripada tembakan meriam air.
“Jika polis tidak menyembur meriam air, kami tidak akan menggunakan pelampung ini sebagai penghalang,” katanya yang mahu dikenali sebagai Wim.

“Itik itu yang dijadikan maskot demonstrasi mungkin kurang berkesan menjadi pelindung, tapi ia adalah aksi yang boleh menarik perhatian,” kata seorang lagi penunjuk perasaan dikenali sebagai Earn.

Pelampung itik berwarna kuning itu boleh didapati pada sekitar 2,800 Baht (RM380) di Bangkok melalui aplikasi jualan dalam talian.

Dalam pada itu, protes menentang kerajaan di Bangkok telah mencapai tahap paling ganas pada Selasa, apabila sekurang-kurangnya 55 orang cedera dengan dua daripada mereka dikesan mempunyai kesan tembakan peluru.

Polis bagaimanapun menafikan menggunakan senjata api sama ada dengan peluru sebenar atau getah dan menegaskan mereka menyiasat pihak yang bertanggungjawab.

Protes yang bermula sejak Julai lalu susulan perasaan tidak puas hati rakyat, khususnya golongan anak muda terhadap kerajaan Thailand dan institusi monarki yang dianggap tidak boleh diusik.

Mereka menuntuk peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, rombakan kabinet dan reformasi institusi monarki – Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Netanyahu bukan lagi PM Israel, kalah undi percaya di Parlimen

BAITULMUQADDIS- Benjamin Netanyahu akhirnya terpaksa berundur dari jawatan Perdana Menteri Israel selepas ahli Parlimen mengundi 60-59 untuk membentuk kerajaan baharu. Pemimpin berhaluan kanan, Naftali...

12 Maut, 37 Cedera Dalam Insiden Letupan Saluran Gas Di China

HUBEI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan 37 lagi cedera parah dalam insiden letupan saluran gas di kawasan perumahan di tengah China. Menurut laporan portal CCTV, letupan itu berlaku...

Keputusan Lanjutan Sekatan Di UK Diumum Esok

CARBIS BAY: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson memaklumkan keputusan sama ada tempoh sekatan di seluruh England dilanjutkan atau sebaliknya akan diumum esok. Malah...